Malaysia Oversight

Buli: Ibu bapa cuai diambil tindakan, kenapa pihak sekolah tidak?

By MkiniBM in August 13, 2025 – Reading time 2 minute
Buli: Ibu bapa cuai diambil tindakan, kenapa pihak sekolah tidak?


PARLIMEN | Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) menggesa mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak yang membiarkan kes buli, seperti mana undang-undang sedia ada membolehkan tindakan diambil terhadap ibu bapa yang cuai terhadap anak mereka.

, menyifatkan kejadian buli menjadi lebih buruk apabila ada pihak yang membiarkannya, termasuk pihak sekolah.

“Lihat di rumah, kalau ibu-bapa culas tanggungjawab sehingga anak-anak cedera…tindakan boleh diambil.

“Kenapa tak boleh ambil tindakan sama terhadap pemerintah di sekolah. Tanggungjawab sama yang diletak pada ibu-bapa mesti turut diletakkan atas bahu pemerintah sekolah,” katanya ketika membahaskan Rancangan malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.

74b2c8b5883dd1cd633f7ca22058ddd4

Merujuk kepada kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, berkata tindakan yang dikenakan kepada ibu bapa yang cuai juga wajar diambil terhadap pihak sekolah.

“Warden, pengetua tidak boleh bersihkan tangan walaupun ada kes bunuh di sekolah.

“Prinsip saya sama, kita nak banteras buli dari atas ke bawah, perlu memiskinkan semua sistem sokongan pembuli itu sendiri,” tegasnya.

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) kemudian bangun mencelah dengan mencadangkan meneliti semula peranan warden asrama sekolah berasrama penuh, yang kini dilantik dalam kalangan guru sedia ada yang sudah pun dibebani tugas lain.

Zara, pelajar SMKA Tun Datu Mustapha, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya di Papar, Sabah pada 16 Julai- lalu dan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Keluarganya percaya Zara mungkin menjadi mangsa kes buli. Kematian itu mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan cubaan menutup kes tersebut.

Syed Saddiq berkata, tindakan menggali semula kubur bagi tujuan bedah siasat yang hanya dilakukan selepas kematian Zara menimbulkan kemaraha orang ramai di media sosial.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengesahkan pengetua, penolong kanan hal ehwal murid, dan semua warden di sekolah Zara telah dipindahkan sementara.

Mereka kini ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sehingga siasatan polis terhadap kematian remaja itu selesai.

Kes ini kini disiasat oleh pasukan khas Bukit Aman.



Source link