Malaysia Oversight

‘Bukan soal Kedah cabar perlembagaan tapi dibenarkan untuk semak hak’

By MkiniBM in November 13, 2025 – Reading time 2 minute
'Bukan soal Kedah cabar perlembagaan tapi dibenarkan untuk semak hak'


PARLIMEN l Keputusan negeri Kedah untuk menyemak haknya ke atas Pulau Pinang tidak bermaksud mencabar perlembagaan mahupun kedaulatan negeri itu seperti yang didakwa pihak tertentu.

Sebaliknya kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Ahmad Saad apa yang dibangkitkan oleh negeri Kedah adalah suatu hak yang dijamin oleh perlembagaan.

8966ad3ee622bb05374dbfad79fb21f0

“Tidak timbul soal mencabar Perlembagaan atau kedaulatan negeri, sebaliknya apa yang dibangkitkan oleh Kedah adalah merupakan satu tuntutan terhadap hak yang juga dijamin oleh perlembagaan.

“Perkara itu turut dititahkan (oleh) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bersempena hari kepeuteraan baginda ke-81 pada tahun 2023 bahawa status Pulau Pinang ini perlu diperjelaskan secara terangan berlandaskan fakta tanpa prejudis.

“Sewajarnya langkah ini dihormati semua pihak kerana tindakan negeri Kedah berpandukan lunas perundangan bahkan kerajaan negeri Kedah juga tidak bermaksud mencabar kedaulatan negeri Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini

Semalam, ahli Parlimen PH mendakwa kedudukan Perlembagaan Persekutuan mengatasi sebarang dakwaan sejarah bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah seperti didakwa kerajaan negeri itu.

3431f678e7c4c89d2df3f34a05825b00
Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor)

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) membangkitkan perkara itu di Parlimen semalam dengan mendakwa perlembagaan secara jelas memperuntukkan kedaulatan semua negeri termasuk mengiktiraf kedudukan Pulau Pinang

“Perlembagaan turut mengiktiraf Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaulat,” katanya.

Dia berkata demikian sebagai membidas kenyataan ahli Parlimen pembangkang bahawa Pulau Pinang adalah hak milik kesultanan Kedah yang telah dipajak.

Dalam pada itu Ahmad berkata, langkah itu juga bagi menyemak pemberian khas 6 Mei 1969 itu masih setara dengan jumlah yang sama selepas lebih 150 tahun.

Pemberian khas itu dipercayai merujuk kepada pajakan terhadap Pulau Pinang.

d5715328bcd89dc20d80c7c0c173c78b
Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu)

Sementara itu, Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, kerajaan Kedah menerima lebih RM10 juta setiap tahun daripada kerajaan bagi pajakan Pulau Pinang.

“Kami ahli Parlimen PN memberi sokongan penuh langkah kerajaan Kedah tubuh pasukan undang-undang selepas analisis oleh pakar sejarah untuk bawa (isu ini) ke mahkamah.

“Satu-satu pajakan…akhirnya pajakan itu akan ada tempoh tamat, jadi dalam status Kedah ini mesti ada tempoh tamat,” katanya pada sidang media sama.



Source link