Malaysia Oversight

‘Bukan Melayu mula kritik PH, bolehkah PAS tarik undi mereka?’

By MkiniBM in June 7, 2025 – Reading time 3 minute
'Bukan Melayu mula kritik PH, bolehkah PAS tarik undi mereka?'


WAWANCARA | Parti berteraskan perjuangan Melayu- termasuk berdepan cabaran meraih kepercayaan pengundi bukan Melayu.

Bagaimanapun, Naib Presiden Mohd Amar Abdullah menjelaskan kini wujud peluang baru apabila golongan itu sendiri semakin lantang mengkritik Pakatan Harapan (PH).

“Kita fokus (pengaruhi pengundi bukan Melayu), saya lihat masalahnya ialah kempen-kempen kita kepada orang bukan Melayu tidak sampai kepada sasaran, cuma sebahagian.

“Misalnya kita nak 100 peratus, cuma dapat 30 peratus,” katanya pada wawancara bersama Malaysiakini di Kota Bharu.

d5c069dfdea8b19e04c5011e87101b21
Gambar hiasan.

Mohd Amar mengakui mesej tidak menembusi sasaran sepenuhnya, walaupun terdapat perkembangan positif apabila kritikan terhadap PH semakin ketara dalam kalangan bukan Melayu.

“Dulu boleh kata orang bukan Melayu tak kritik PH, tetapi akhir-akhir ini saya ikuti di media sosial memang suaranya semakin kuat.

“Cuma macam mana kita (PAS) nak tarik mereka supaya datang kepada kita.”

Dia menekankan keperluan menyusun naratif yang lebih meyakinkan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

ae39104f8dc7954156055d9b7f94d3fa

“Bagi sesetengah pengundi bukan Melayu, mereka tak suka pada PH, tetapi tak suka juga kepada PAS…

“Ini kita tengah fikir bagaimana cara kita boleh tarik (sokongan) mereka,” katanya.

Peranan Gerakan dan harapan PAS

Mohd Amar turut menyentuh peranan Gerakan dalam menarik pengundi Cina namun mengakui parti itu masih banyak ruang untuk diperbaik bagi bersaing dengan DAP.

“Kita harap Gerakan supaya boleh tarik undi daripada pengundi Cina seberapa banyak yang boleh.

c8e96e292b9e2f7f568c414f25d4ea50

“Cuma kita kena akui Gerakan sendiri banyak perkara perlu diperkemas.

“Kena kuatkan jentera dan gerak-kerja, sebab ada faktor-faktor yang menjadi penghalang, itu masalahnya. Imej Gerakan sendiri perlu dibina semula.

“Kita lihat Gerakan sukar menandingi DAP, saya cakap terus-terang, dan tak boleh mainkan peranan yang maksima. Jadi saya harap pimpinan perlu teliti kelemahan dan kekurangan untuk diperbaiki,” jelasnya kepada Malaysiakini baru-baru ini.

Mohd Amar berkata Gerakan perlu berani bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina, bukan mencari kawasan selamat.

3f809871bf76cee9629822d15a1856d1

“Kalau mereka boleh tangani, saya rasa Gerakan boleh bangkit semula, tapi itu perlu Gerakan lakukan, kita (PAS) tak boleh sebab segmen pengundi tak sama, mereka lebih dekat dengan masyarakat Cina dan mainkan peranan supaya boleh ambil tempat DAP.

“Jangan mereka nak cari tempat selamat, nak bertanding di kawasan Melayu, tak betul dari segi konsepnya,” kata Mohd Amar.

Dia juga menegur kenyataan pemimpin Gerakan yang kadangkala boleh memberi kesan buruk kepada gabungan.

“Dan jangan buat kenyataan-kenyataan yang kadang-kadang menikam kita (PAS), saya kena berterus-terang dalam hal ini sebab kadang-kadang kenyataan daripada pimpinan Gerakan menikam, backfire.

“Mereka kena jaga dan kawal sebab kita berada dalam satu gabung, kena ada ‘give and take’,” jelas Mohd Amar sambil menegaskan PAS turut mengawal perkara sedemikian.

Sokongan bersyarat Gen-Z

Menyentuh pengundi muda, Mohd Amar melihat Gen-Z sebagai kumpulan yang kritikal dan tidak terikat kepada ideologi tradisional.

“Sebab gen-z ini penting, mentaliti mereka berbeza. Pegangan politik mereka bukan idealogi, kalau orang tua seperti saya politik idelogi.

“Kalau kita sokong PAS, kita tak kisah dah siapa calon PAS, suka atau tidak akan tetap sokong,” katanya.

856997a10ec2bd0e00664babc5de5e03

PAS, kata Mohd Amar perlu mempertahankan integriti dan imej bersih untuk mengekalkan sokongan anak muda.

“Kalau kita boleh kekal, wakil-wakil rakyat boleh kekal dengan imej bersih insya-Allah kita boleh pergi jauh, tetapi kalau kita buat silap, habis.”

Elak janji ‘bulan, bintang’

Dalam soal manifesto, dia mengingatkan agar tidak mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan PH.

“Saya secara peribadi perlu manifesto, tetapi tak perlu manifesto yang terlalu terperinci dan panjang, ambil point besar.

a0e042fc4c8c0917fe7a8c332e12f6c2

“Kita kadang-kadang buat satu manifesto terlalu terperinci sampai tak boleh nak tunaikan. Contohnya seperti diwar-warkan dalam kempen PH. Macam-macam kempen, apabila jadi tak boleh buat.

“Sebab itu saya cabar PH (bagitahu) apa manifesto yang dah dilaksanakan?

“Yang janji nak turunkan, tak turun, yang dijanjikan percuma, tak ada yang percuma. Perubahan yang dibuat sikit-sikit itu cerita lain.

“Manifesto perlu khusus untuk dibuat dalam tempoh lima tahun, pengalaman saya dalam dulu rasa lima tahun masa yang singkat, kita rasa lama tetapi dalam politik pejam-celik eh, dah nak pilihan raya lagi,” katanya.

9a8362a36d08dfee3d019ccbdb84e08f

Menurut Mohd Amar lagi, PAS perlu fokus kepada tawaran yang realistik, sesuai dilaksanakan dalam tempoh lima tahun pentadbiran.

“Jadi sebab itu kita kena fokus betul-betul cari yang realistik, praktikal dan jangan janji bulan bintang untuk dilaksana, terutamanya orang muda dah serik (dengan manifesto PH).

“Kalau kita ulang, mereka akan kata kita sembang saja,” katanya.



Source link