Malaysia Oversight

‘Bukan hubungan sulit’ – MIC akui bincang dengan PN

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 2 minute
'Bukan hubungan sulit' - MIC akui bincang dengan PN


Presiden SA Vigneswaran mengesahkan perbincangan tidak rasmi dengan Perikatan Nasional (PN) mengenai hala tuju parti mereka dalam Barisan Nasional (BN).

Vigneswaran berkata kepimpinan parti sedang mengkaji secara serius hala tuju berikutan usul yang dicadangkan oleh ahli akar umbi, termasuk di Kedah dan Pulau Pinang, yang menggesa parti itu menyertai PN.

“Ya, kita akui ada melakukan perbincangan tidak rasmi dengan PN mengenai hala tuju .

tak ada sembunyi apa-apa (perbincangan dengan PN), ini bukannya hubungan sulit.

“MIC akan menentukan hala tuju kita sendiri, namun kami tidak marah dengan siapa-siapa,” katanya dipetik Harian Metro.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan konvensyen perwakilan MIC Johor ke-79 di Kota Tinggi hari ini, Vigneswaran menegaskan MIC masih mengkaji dengan teliti hala tujunya sebelum keputusan muktamad dibuat.

Dia menegaskan bahawa sebarang keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan masyarakat India di negara ini dan untuk masa depan parti, sambil menyatakan bahawa dinamik dan landskap politik negara yang semakin berkembang memerlukan parti itu merangka langkahnya dengan teliti bagi mengelak daripada menjadi tidak relevan.

“Semua perlu faham, dinamika politik negara sudah berubah, jika MIC tak terima hakikat itu, kami akan hilang.

“MIC terima kami dikata lemah, namun pelik apabila masih ramai nak bincangkan mengenai parti ini, ini kita tak faham.

“Banyak analisis dibuat mengenai MIC, macam-macam yang yang dikatakan namun kita tidak percaya (analisis dibuat mengenai MIC).

“MIC hanya percayakan akar umbi kami sahaja,” katanya.

Awal bulan ini, MIC Kedah meluluskan resolusi untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang PN tanpa menolak kemungkinan meninggalkan BN.

Pengerusi MIC Kedah SK Suresh dipetik sebagai berkata rakyat di negeri itu khususnya masyarakat India sudah mula bosan dengan persekutuan sedia ada, dengan ada yang kesal mengundi Pakatan Harapan.

Sebelum ini, Vigneswaran memberitahu perhimpunan MIC Perak bahawa parti itu bersedia untuk berunding dengan mana-mana pihak demi masa depan MIC dan kesejahteraan masyarakat India.

Kenyataannya dibuat selepas Timbalan Presiden MIC M mendakwa parti itu diketepikan oleh perpaduan, mencetuskan perang mulut dengan dan DAP.

Pada 15 Ogos lalu, Mursyidul Am Hashim Jasin dilaporkan tidak menolak kemungkinan dan PN menerima MCA dan MIC, dengan mendakwa dan PN telah dijemput untuk membincangkan perkara itu dengan kedua-dua parti komponen BN itu.



Source link