Malaysia Oversight

Budi95 akan diperluas kepada pengendali bot, kuota tambahan e-hailing

By MkiniBM in September 30, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Perdana Menteri Ibrahim mengesahkan sedang dalam proses libat urus dengan pengendali e-hailing untuk mengenal pasti pemandu yang layak mendapat tambahan kuota petrol RON95 bersubsidi.

Dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri hari ini, setiausaha akhbar kanan Tunku Nashrul Abaidah berkata perkara itu dijangka dimuktamadkan pada minggu ini.

“Kementerian Kewangan, bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat, akan memuktamadkan proses permohonan kuota tambahan dengan pengendali e-hailing minggu ini,” kata Nashrul.

Di bawah pelan subsidi bahan api semasa, digelar Budi95, semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah boleh membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter, dengan had bulanan 300 liter.

Dalam mendedahkan rancangan itu, sebelum ini berkata pemandu e-hailing boleh memohon siling yang lebih tinggi.

Warga asing yang memandu kenderaan berdaftar tempatan perlu membayar harga pasaran untuk RON95, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter, manakala kenderaan berdaftar asing masih terhad kepada RON97.

c0fad8e9b5c29e16ca6f949f382686f0

Skim itu dilaksanakan secara berperingkat, dengan angkatan tentera dan polis terlebih dahulu mendapat subsidi pada 27 Sept, diikuti penerima Sara pada 28 Sept, sebelum pelancaran penuh hari ini.

Nashrul hari ini berkata berdasarkan had 300 liter, setiap individu yang layak menerima faedah subsidi sehingga RM183 sebulan.

“Langkah ini menunjukkan usaha dalam menunaikan janji melindungi rakyat dengan memastikan mereka terus menikmati petrol RON95, ditambah dengan penjimatan bagi meringankan beban rakyat,” katanya.

Dia juga berkata, bersetuju untuk mempertimbangkan untuk menjadikan pengusaha bot khususnya di Sabah dan Sarawak layak mendapat harga subsidi RON95.

sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan dan kerajaan negeri untuk mengumpul data pemilik bot supaya pengguna ini tidak ketinggalan menikmati manfaat Budi95,” katanya.

sebelum ini berkata kerajaan akan mengkaji dan mempertimbangkan rayuan daripada nelayan, pekebun kecil dan pemilik bot yang menggunakan petrol RON95 bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada skim subsidi itu.

Perdana menteri berkata kerajaan maklum ada nelayan dan pemilik bot berskala kecil bergantung kepada petrol RON95 tanpa mempunyai lesen memandu didaftarkan di bawah nama mereka.



Source link