Malaysia Oversight

BSN Umum Penyelenggaraan Berjadual Pada Penghujung Minggu Ini – Sejumlah Perkhidmatan Perbankan Akan Tergendala

By Amanz in October 22, 2025 – Reading time 1 minute
BSN Umum Penyelenggaraan Berjadual Pada Penghujung Minggu Ini – Sejumlah Perkhidmatan Perbankan Akan Tergendala


BSN Umum Penyelenggaraan Berjadual Pada Penghujung Minggu Ini – Sejumlah Perkhidmatan Perbankan Akan Tergendala

October 22, 2025
Kewangan

Aman

Bank Simpanan Nasional kini memaklumkan para pengguna berkenaan penyelenggaraan berjadual yang akan dilakukan antara 24 Oktober 2025 sehingga 26 Oktober 2025, iaitu pada penghujung minggu ini. Selari dengannya, sejumlah perkhidmatan akan tergendala dan tidak boleh digunakan oleh pengguna BSN.

Bermula 10.45 malam 24 Oktober sehingga 6 pagi 26 Oktober 2025 ini, antara perkhidmatan yang akan tergendala adalah termasuk transaksi kad debit dan kredit BSN melalui perbankan internet myBSN dan aplikasi myBSN Mobile, melalui ATM, CDM dan CRM. Selain itu, semua transaksi kad debit BSN termasuk di Ejen Bank akan tergendala, dan juga transaksi kad kredit BSN melalui DuitNow.

Selain itu, antara 12 tengah malam hingga 6.30 pagi pada 25 Oktober dan 12 tengah malam hingga 6 pagi pada 26 Oktober 2025 pula, perbankan internet myBSN dan aplikasi myBSN akan tergendala dan tidak boleh digunakan.

BSN Down

Pihak BSN turut mengatakan transaksi kad kredit BSN di mesin pembayaran di kedai atau premis tidak terjejas dan berfungsi seperti biasa sepanjang tempoh penyelenggaraan ini. BSN mengalakkan pengguna merancang urusan perbankan lebih awal sebelum 24 Oktober 2025 ini. BSN mengatakan tujuan sistem ini diselenggara adalah untuk menaik-taraf sistem dalam memastikan pengalaman pembayaran kad lebih lancar, selamat dan mudah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link