Malaysia Oversight

Bot Terbalik di Pelabuhan Klang, Tiga Maut Dua Masih Hilang

By TheSun in June 7, 2025 – Reading time 2 minute
Bot Terbalik di Pelabuhan Klang, Tiga Maut Dua Masih Hilang


SHAH ALAM,: Tiga termasuk seorang kanak-kanak selepas bot dinaiki terbalik dalam kejadian di sekitar perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang di sini petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata kejadian pada 5 petang itu melibatkan enam individu warga tempatan berusia tiga hingga 50 tahun.

Beliau berkata dua lagi mangsa yang dipercayai pasangan suami isteri dilaporkan hilang, manakala seorang mangsa diselamatkan oleh nelayan.

Pencarian dua mangsa yang hilang diteruskan oleh pasukan bomba dengan melakukan kerja-kerja penyelaman pada pagi ini

“Mangsa yang dan telah ditemukan ialah Darren Gan, kanak-kanak berusia tiga tahun yang juga anak kepada pasangan yang hilang serta Cheu Son Hin, 50, masing-masing dijumpai dalam ruang hadapan bot.

“Turut terkorban Fong Yong Sen, 29, iaitu rakan kepada pasangan berkenaan, manakala seorang lagi mangsa Chang Yan Qin Alvin, 17, terselamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Gan Hon Tat, 32, dan isterinya Careen Man, 29, kedua-duanya berasal dari Klang Utama.

Abdul Muhaimin berkata hasil siasatan awal mendapati bot berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya mengaktifkan operasi dan menyelamat panggilan pada 5.16 petang selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Operasi digerakkan segera dengan penyertaan aset Maritim Malaysia dan dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sokongan bot penumpang berhampiran lokasi.

“Bot yang terbalik berjaya ditunda ke jeti terapung Ibu Pejabat Maritim Negeri sebelum operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan kira-kira 8 malam,” katanya.

Semalam, tular video memaparkan bot berkenan ditunda bot lain selepas terbalik di kawasan berkenaan



Source link