Malaysia Oversight

Bot laju mengalami masalah ketika ujian kali kedua

By Utusan in June 7, 2025 – Reading time 2 minute
Bot laju mengalami masalah ketika ujian kali kedua


PETALING JAYA: Isteri kepada pemilik bot terbalik di Perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dekat sini semalam hanya mengetahui kejadian menimpa suaminya, Cheu Son Hin pada petang semalam.

Isterinya yang mahu dikenali Hung berkata, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira pada pukul 6 petang, dia segera bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kata Hung, suaminya pergi ke Kelab Layar Diraja untuk menguji bot laju tersebut namun tidak menyangka insiden ini berlaku.

“Semasa ujian pelayaran pertama, tiada sebarang masalah namun semasa ujian kedua kemalangan itu terjadi,” katanya di sini.

Tambah Hung, anak saudaranya, Fong Yong Sen, turut ikut bersama suaminya ke laut.

Jelasnya, turut serta iatu seorang pekerja mereka yang terselamat ketika menguji bot laju tersebut.

“Apa yang berlaku ini sudah pasti adalah sesuatu yang sukar untuk diterima,” jelasnya.

Menceritakan mengenai kejadian, Hung berkata, mayat anak saudaranya telah timbul di permukaan laut.

Katanya, pekerjanya yang terselamat telah mengikat tubuhnya bersama mayat anak saudaranya bagi mengelak mangsa dihanyutkan arus deras sebelum diselamatkan ke darat.

“Kami masih belum mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku daripada pekerja itu.

“Buat masa ini, kami hanya mahu dia berehat secukupnya dan selebihnya akan dibincangkan kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, Hung berkata, keluarganya masih dalam tindakan menuntut mayat mendiang anak saudaranya bagi tujuan pengebumian.

Terdahulu, dalam kejadian semalam tiga individu termasuk seorang kanak-kanak manakala pasangan suami isteri hilang apabila bot dinaiki terbalik dalam kejadian di perairan Tanjung Harapan dekat sini

Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Gan Hon Tat, 32 dan isterinya Careen Man, 29, kedua-duanya berasal dari Klang Utama.

Sementara itu, mangsa yang dalam insiden ini iaitu Darren Gan, 3 tahun, anak kepada pasangan yang hilang, serta Cheu Son Hin, 50 tahun, masing-masing ditemukan dalam ruang hadapan bot.

Turut terkorban, Fong Yong Sen, 29 tahun, rakan kepada pasangan berkenaan, yang turut dijumpai telah meninggal dunia di lokasi kejadian.-UTUSAN





Source link