Bose QuietComfort Ultra (2nd Gen) Dilancarkan Dengan Audio Menerusi USB-C
Effi Saharudin
Minggu lalu ialah minggu yang cukup sibuk kerana IFA Berlin. Banyak produk dilancarkan dan tidak ketinggalan Bose QuietComfort Ultra (2nd Gen) dengan ia akhirnya menyokong sambungan audio menggunakan kabel USB-C. Selama ini satu-satunya sambungan kabel yang boleh dilakukan ialah menerusi sambungan kabel 2.5mm.

Rekabentuk masih sama dengan generasi pertama yang dilancarkan dua tahun lalu tetapi perubahan dilakukan pada sistem audio seperti Cinema Mode dengan pementasan audio lebih lebar serta menerangkan perbualan. ANC ditambah baik untuk meredam bunyi sementara Aware Mode akan kedengaran lebih semula jadi.

Bateri kini adalah sehingga 30 jam dengan ANC dan 40 jam tanpa ANC. Peningkatan besar berbanding hanya 18/24 jam pada generasi pertama. Tambatan nirwayar ialah Bluetooth 5.4 dengan codec SBC, AAC dan Qualcomm AptX Adaptive.
Bose QuietComfort Ultra (2nd Gen) akan dijual bermula Oktober pada harga $450 (~RM 1900) dalam warna Black, Midnight Violet, Driftwood Sand, dan White
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.