Malaysia Oversight

Bomba Kelantan bantu ambil mayat wanita obes

By MkiniBM in November 29, 2025 – Reading time 1 minute
Bomba Kelantan bantu ambil mayat wanita obes


Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang malam tadi membantu polis mengambil mayat seorang wanita obes yang dianggarkan seberat 200 kilogram di Kampung Sungai Terah, Gua Musang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8.47 malam.

Operasi itu melibatkan sembilan anggota dari BBP Gua Musang.

“Bomba tiba di lokasi pada jam 9.03 malam dan operasi melibatkan wanita berusia 30 tahun yang meninggal dunia dalam rumah,” menurut kenyataan itu.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bernama



Source link