PETALING JAYA: Fenomena penggunaan kaedah ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kini bukan lagi sekadar trend penggunaan digital, sebaliknya membentuk budaya berhutang mikro yang kronik. Penganalisis ekonomi, Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, peningkatan kos sara hidup dan kuasa beli yang semakin lemah telah mendorong pelajar untuk bergantung kepada kemudahan kredit mikro seperti BNPL bagi menampung keperluan asas, malah ada yang menggunakannya untuk berbelanja mewah.…






