Malaysia Oversight

BN wadah perjuangan rakyat Sabah bangunkan negeri

By MkiniBM in October 18, 2025 – Reading time 2 minute
BN wadah perjuangan rakyat Sabah bangunkan negeri


Pengerusi Barisan Nasional () Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu menjadi wadah perjuangan politik rakyat Sabah untuk membangunkan negeri berkenaan.

Beliau yang pernah memegang jawatan Menteri Pertahanan ketika menerajui suatu ketika dahulu berkata parti itu juga memainkan peranan besar dalam mempertahankan kedaulatan Sabah, termasuk semasa insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.

“Sekarang bila dekat pilihan raya, mereka kata Sabah for Sabahan… Siapa yang berunding dengan orang-orang Sulu apabila Tanduo (di Lahad Datu) menjadi ground zero, ketika itu semua pekerja Felda Sahabat keluar, siapa yang mengeluarkan arahan supaya menggunakan aset-aset tentera udara untuk melakukan pengepungan?

“Kita tetap orang Malaysia yang taat setia kepada negara kita, tidak kira negeri. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” katanya ketika berucap pada Program Pemerkasaan Wanita Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad; Pengerusi Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid turut menegaskan BN Sabah diberi kuasa autonomi bagi membuktikan keyakinan kepimpinan pusat terhadap keupayaan rakyat negeri itu untuk menentukan hala tuju politik mereka.

“Kenapa Sabah dan BN Sabah diberikan kuasa autonomi? Kerana kita tidak anggap Sabah dan BN Sabah sebagai parti Semenanjung. Ini parti rakyat Sabah. Orang Sabahlah yang meminta datang ke Sabah untuk membantu rakyat negeri Sabah,” katanya.

Beliau menzahirkan keyakinan BN mampu membentuk yang stabil di Sabah melalui kerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang berkongsi hasrat sama untuk memajukan negeri itu.

“Insya-Allah, BN sanggup bekerjasama dengan mana-mana gabungan dan parti untuk membentuk supaya kita sama-sama berkongsi kuasa dan insya-Allah, di bawah BN, kami berjanji untuk satu penggal pertama, kami akan laksanakan semua aku janji yang tercatat dalam manifesto yang akan dilancarkan insya-Allah,” katanya.

– Bernama



Source link