Malaysia Oversight

BN tampilkan calon lawan Hajiji, presiden PBS

By MkiniBM in November 9, 2025 – Reading time 2 minute
BN tampilkan calon lawan Hajiji, presiden PBS


akan menampilkan calon untuk mencabar pemimpin tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu pengerusinya Hajiji Noor, dan presiden sementara Parti Bersatu Sabah (PBS), Joachim Gunsalam.

Dr Shahnon Rizal Thajuddin akan bertanding di kerusi Sulaman yang disandang Hajiji, manakala ahli PBRS, Japirin Sahadi akan menentang Gunsalam di Kundasang.

Mereka merupakan antara 41 calon yang akan ditampilkan dalam pilihan raya negeri yang akan datang. Beberapa kerusi lagi masih dalam rundingan dengan PH, termasuk kerusi Senalang yang disandang Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Antara tokoh penting dalam senarai calon ialah Pengerusi Sabah, Bung Moktar Radin, yang akan mempertahankan kerusi Lamag, serta timbalan pengerusi Sabah, Rahman Dahlan, yang akan bertanding di Tempasuk.

Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup, juga akan bertanding untuk pertama kali bagi kerusi DUN bagi merampas kembali kerusi Sook daripada bekas pemimpin PBRS, Ellron Angin. Ellron meninggalkan parti selepas tidak bersetuju dengan pelantikan Arthur sebagai presiden oleh bapanya, mendiang Joseph Kurup yang juga pengasas PBRS.

Sementara itu, MCA akan bertanding di kerusi Tanjong Kapor, Kudat dengan calon baru, Kelvin Lip See Kin, manakala Arthur Joseph Kurup akan mempertahankan kerusinya di Sook.

Di Tanjung Keramat, BN menampilkan calon baru, Jeffrey Nor Mohamed, menggantikan Shahelmey Yahya, manakala di Tanjung Batu, Samasudin Yusop menggantikan Andy Muhammad Suryady Bandy.

0ec3115132b3b89dfd7acb9b13120ac7

Dalam ucapannya sebelum mengumumkan calon, Bung berkata menyertai pilihan raya dengan keyakinan baru dan strategi yang jelas, dengan tumpuan diberi kepada kerusi boleh menang.

“Senarai calon mencerminkan kelayakan tinggi dan kepimpinan yang kukuh. Ramai yang mempunyai ijazah Sarjana Muda, Sarjana, malah PhD, manakala dua orang adalah doktor perubatan.

“Ini membuktikan calon kami bukan sahaja berpengalaman tetapi berkemampuan secara intelektual dan profesional untuk memimpin pembangunan ekonomi, teknologi dan sosial Sabah dengan kompeten dan integriti,” tambahnya.

Senarai Penuh Calon BN yang Diumumkan Sehingga Kini:

Banggi – Normalah Rasik

Bengkoka – Harun Durabi

Pitas – Bolkiah Ismail

Tanjung Kapur – Kelvin Lee Sip Kin

Pintasan – Tadzul Radim

Tempasuk – Abdul Rahman Dahlan

Usukan – Salleh Said Keruak

Sulaman – Dr Shahnon Rizal Thaijuddin

Pantai Dalit – Alfian Sambas

Karambunai – Yakubah Khan

Darau – Arfansyah Abdul Gafar

Tanjung Keramat – Jeffery Noor Mohamed

Kawang – Jamal Norubit @ Nerub

Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari

Bongawan – Mohamad Al-Amin

Membakut – Rusman Dulamit

Klias – Osin Jilon

Kuala Penyu – Awang Aslee Laka

Lumadan – Nazri Abdullah

Kundasang – Japirin Sahadi

Paginatan – Jemada @ Junaidi Sahat

Liawan – Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi

Sook – Arthur Joseph Kurup

Nabawan – Laiji Ompongoh

Telupid – Benedict Asmat

Sugut – Arifin Pachuk

Labuk – Yusuf Latif

Sungai Manila – Zaini Tiksun

Sungai Sibuga – Zharif Aizat Samsuddin

Lamag – Bung Moktar Radin

Sukau – Jafry Ariffin

Tungku – Saleha Wahid

Silam – Sharif Musa Sharif Mabul

Kunak – Anil Jeet Singh

Bugaya – Abdul Manan Indanan

Balung – Erwan Palateh

Apas – Elmiariezan Ardan

Tanjong Batu – Samsuddin Yusop

Sebatik – Aslan Fadli Samsul Alang



Source link