Malaysia Oversight

BN sokong kerajaan baru Sabah

By MkiniBM in December 1, 2025 – Reading time 1 minute
BN sokong kerajaan baru Sabah


mengumumkan sedia bekerjasama serta menyokong pembentukan negeri Sabah yang baru bawah kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

“Kerjasama ini dizahirkan demi memastikan Negeri Sabah terus berada dalam landasan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan yang berterusan demi rakyat negeri ini,” kata setiausaha agungnya Zambry Abd Kadir.

328b8f49388948fb42ad9dce3c9bfdad
Zambry Abd Kadir

Dalam kenyataan hari ini, Zambry juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang memberikan kepercayaan kepada calon pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17. 

“PRN ini merupakan suatu proses demokrasi yang matang dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dengan hati yang terbuka serta penuh rasa hormat terhadap suara dan mandat mereka.

BN juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti dari seluruh pelosok negara yang telah bertungkus lumus sejak hari pertama kempen sehingga ke saat terakhir. 

“Segala keringat, masa dan komitmen yang dicurahkan adalah lambang kesetiaan dan semangat perjuangan demi parti serta demi kepentingan rakyat,” katanya.



Source link