Malaysia Oversight

BN-PH tiada pertindihan kerusi, kata Ahmad Zahid

By TheSun in August 16, 2025 – Reading time 1 minute
BN-PH tiada pertindihan kerusi, kata Ahmad Zahid


SHAH ALAM: Pengagihan kerusi antara Barisan Nasional () dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah dimuktamadkan tanpa sebarang pertindihan.

Pengerusi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada rundingan langsung dijalankan antara dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mengelakkan konflik dengan PH.

Beliau bagaimanapun meramalkan pertembungan pelbagai penjuru sukar dielakkan ekoran penyertaan parti baharu dalam PRN kali ini.

“Yang sudah dimuktamadkan adalah BN-PH dan kita menghormati PH-GRS. Tidak ada rundingan secara langsung antara BN dan GRS,” katanya.

Ahmad Zahid turut menyatakan kemungkinan pertandingan sehingga lapan penjuru berlaku memandangkan landskap politik Sabah yang dinamik.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam di sini hari ini.

Sebelum ini, beliau dilaporkan menyatakan rundingan kerjasama antara BN, PH dan GRS hampir selesai. – Bernama



Source link