Malaysia Oversight

BN nak ambil semula kerusi tradisi diberi pada Bersatu

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 1 minute
BN nak ambil semula kerusi tradisi diberi pada Bersatu


akan mempertahankan semua kerusi dimenanginya serta mengambil semula kerusi tradisi yang sebelum ini diserahkan kepada Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lepas.

Timbalan Pengerusi Mohamad Hasan berkata dan PH secara prinsipnya telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menghadapi PRN yang dijangka diadakan pada bila-bila masa. 

“Kita tetap dengan ketegasan untuk bertanding di kerusi yang kita menang, dan juga kerusi-kerusi tradisi sebelum ini yang kita serahkan kepada Bersatu.

“Dulu semasa PRN Sabah, banyak kerusi tradisi BN diserahkan kepada Bersatu atas semangat kerjasama. Tapi akhirnya kita ditikam dari belakang. Kita tidak mahu perkara seperti itu berulang lagi,” katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Rembau di Seremban, hari ini.

DUN Sabah Ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 Nov ini sekiranya DUN tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, seterusnya memberi laluan kepada PRN ke-17.

Mengenai ketegangan antara Ketua Pemuda Muhamad Akmal Saleh dan Pemuda DAP (berhubung isu Jalur Gemilang terbalik, Mohamad menyeru semua pihak bertenang dan mengelakkan tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan serta menggugat keharmonian negara.

Dia berkata semua pihak perlu berbincang bagi mencari penyelesaian demi keharmonian memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum, agama dan bahasa.

-Bernama



Source link