Malaysia Oversight

BN kenal pasti calon untuk Kinabatangan, Lamag

By MkiniBM in December 12, 2025 – Reading time 1 minute
BN kenal pasti calon untuk Kinabatangan, Lamag


sedang mengenal pasti calon bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Sabah yang sebelum ini disandang Allahyarham Bung Moktar Radin.

Setiausaha Agung , Zambry Abdul Kadir, berkata perbincangan awal berhubung perkara itu telah dilakukan dengan pimpinan tertinggi Sabah bagi mengekalkan kemenangan di kedua-dua kerusi tersebut.

“BN Sabah mempunyai autonomi tentang pemilihan calon ini dan selepas dimuktamadkan, ia akan dimaklumkan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan kunci Penempatan Semula Nelayan di Arena Terbuka Teluk Gadung, Pulau Pangkor semalam.

01df6126f7ab2b7201a41a1d86820cc4

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Dis ini bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag susulan kematian Bung Moktar pada 5 Dis lalu.

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru pada PRN yang berlangsung 29 Nov lalu.

Pada peringkat politik nasional, Bung Moktar memulakan kerjaya sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan selepas memenangi kerusi itu pada PRU ke-10 (Nov 1999) dan terus berkhidmat selama enam penggal berturut-turut.

Bernama



Source link