Malaysia Oversight

BN halusi kerusi berpotensi menang, kata Zahid

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Barisan Nasional () kini menggerakkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Pengerusi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini, BN sedang menghalusi kawasan DUN yang berpotensi dimenangi pada PRN17.

“Kesiapsiagaan jentera di seluruh 73 DUN di Sabah telah kita gerakkan sekian lama dan kita sedang melihat kawasan-kawasan tumpuan yang akan kita berikan fokus di Sabah,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di hari ini.

Ditanya mengenai rundingan antara BN dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk PRN17, Ahmad Zahid berkata rundingan berkenaan masih belum dimuktamadkan.

cb7b822243f23e501be3601c919e8df8

“Kita telah memantapkan dan memuktamadkan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), tetapi rundingan dengan GRS belum dimuktamadkan.

“Kita menghormati kerjasama antara PH dengan GRS, yang penting ialah soal kemenangan. Jadi, kita lebih tumpukan kepada kerusi-kerusi yang kita boleh menang dan itulah tumpuan kita,” katanya.

Mengikut peruntukan, DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

Sebelum ini, Ketua Sekretariat Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan bersama mengesahkan kesepakatan PH dan BN untuk bekerjasama dalam menghadapi PRN Sabah.

‘Tuan Ibrahim memancing tanpa untung’

Mengenai pelawaan kepada dan MCA untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), Ahmad Zahid yang juga Presiden menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man itu sebagai kenyataan peribadinya.

“Saya tahu ada usaha-usaha dijalankan oleh mereka untuk memancing rakan-rakan dalam komponen BN dengan tawaran-tawaran yang belum tentu menjanjikan satu manifestasi yang menguntungkan mereka,” katanya.

87ef2ff4bd1148d561fb83dced3c893e

Sebelum ini, Tuan Ibrahim menerusi satu wawancara di akhbar tempatan mengalu-alukan dan MCA untuk menyertai gabungan PN susulan ketidakpuasan hati rakan komponen BN yang dibiarkan tanpa perwakilan dalam .

– Bernama



Source link