Malaysia Oversight

BMW iX3 ‘Neue Klasse’ Diumumkan Dengan Jarak 805KM WLTP, Pengecasan 10-80% Dalam Masa 20 Minit

By Amanz in September 7, 2025 – Reading time 2 minute
BMW iX3 ‘Neue Klasse’ Diumumkan Dengan Jarak 805KM WLTP, Pengecasan 10-80% Dalam Masa 20 Minit


BMW iX3 ‘Neue Klasse’ Diumumkan Dengan Jarak 805KM WLTP, Pengecasan 10-80% Dalam Masa 20 Minit

September 7, 2025
Automotif

Ikhwan Nazri

Salah satu perkara yang sentiasa dititikberatkan untuk kenderaan elektrik adalah jarak dan juga masa pengecasan. BMW yang merupakan salah satu pelopor kenderaan elektrik, baru-baru ini telah mengumumkan kereta elektrik baharu mereka dalam siri yang dikelaskan sebaagai Neue Klasse, yang bermaksud ‘Kelas Baharu’ dengan pelbagai teknologi yang akan digunakan pada siri baharu BMW selepas ini, dan model yang diperkenalkan ini adalah BMW iX3 yang mempunyai jarak perjalanan sehingga 805KM WLTP. 

BMW iX3 Neue Klasse P90615638 highRes the new bmw ix3 50 x

Apa yang meletakkan BMW iX3 dalam kelas baharu ‘Neue Klasse’ ini adalah pengalaman pemanduannya yang menggunakan BMW Panomaric iDrive, yang meletakkan panel informasi berada diatas papan pemuka, secara pantulan. Pelbagai informasi yang dapat dilihat, dan tiada lagi paparan instrumen yang perlu dilihat pada celah stereng pemanduan. Kesemua ini dikuasakan BMW Operating System X, yang juga dilengkapi Qualcomm Snapdragon Ride Pliot iaitu Sistem Swapandu Tahap 2+ yang membolehkan sistem swapandu ini mempunyai tahap kesedaran pemandangan 360 darjah dalam mengesan objek, lorong, papan tanda jalan, dan bermacam lagi. 

BMW iX3 Neue Klasse P90615061 highRes personalisation pano

Selain dari itu ia juga menggunakan bahan lestari, yang mengurangkan jejak karbon lebih dari 30% berbanding model iX3 terdahulu. Malah rekaan keseluruhan dan juga rekaan ‘gril buah pinggang’ (kidney grill) kini kembali semula kepada rekaan asal Neue Klasse terdahulu, yang lebih kecil dan kesemua elemen rekaan ini akan digunakan pada 40 model BMW baharu yang akan diperkenalkan sehingga 2027. 

BMW iX3 Neue Klasse P90615658 highRes the new bmw ix3 50 x

Model pertama siri Neue Klasse ini juga menggunakan sistem pemanduan elektrik BMW eDrive generasi ke-6, dan mempunyai kecekapan tenaga yang lebih efisien dimana ia memberikan tenaga 345 kW / 469 hp membolehkan pecutan 0-100km/j dalam masa 4.9 saat dengan kelajuan maksimum 210 km/j dan mempunyai pacuan kesemua roda. 

BMW iX3 Neue Klasse P90615670 highRes the new bmw ix3 50 x

Dengan bateri sebesar 108 kWh yang juga menggunakan sel sirinder baharu membolehkan 20% lebih banyak tenaga disimpan berbanding sebelum ini dan membolehkan 30% peningkatan kelajuan pengecasan. Dengan bateri generasi baharu ini juga ia memberikan jarak perjalanan sehingga 805 KM WLTP dan turut dilengkapi dengan pengecasan pantas DC 400 kW menggunakan senibina 800V, membolehkan ia dicaj 10-80% sepantas 20 minit. Pada kelajuan pengecasan maksimum, boleh dikatakan sekitar 640KM jarak dapat dicaj pada tempoh 20 minit. Untuk pengecasan AC 22kW pula, ia akan mengambil masa selama 5jam 45 minit untuk pengecasan penuh 0-100%. BMW iX3 ini juga menyokong fungsi V2L. 

Kereta ini disasarkan untuk mula menemui pengguna seawal 2026 dan mungkin kita akan melihatnya di jalanraya tempatan tidak lama lagi. 

BMW iX3 Neue Klasse P90615648 highRes the new bmw ix3 50 x

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link