Malaysia Oversight

BMW Akan Mengeluarkan Kereta Hidrogen Menjelang 2028 Dengan Bantuan Toyota

By Amanz in September 3, 2025 – Reading time 1 minute
BMW Akan Mengeluarkan Kereta Hidrogen Menjelang 2028 Dengan Bantuan Toyota


BMW Akan Mengeluarkan Kereta Hidrogen Menjelang 2028 Dengan Bantuan Toyota

September 3, 2025
Automotif

Effi Saharudin

BMW Group kini bersedia memulakan produksi kereta sel hidrogen pertama mereka menjelang 2028. Prototaip pertama kereta dengan sistem pemanduan hidrogen generasi ketiga mereka sedang dibina di Munich dan Steyr.

BMW sel hidrogen

Sistem sel hidrogen generasi ketiga BWM adalah 25% lebih kecil berbanding generasi terdahulu dan pada waktu yang sama menawarkan kepadatan tenaga lebih tinggi. Sistem pemaduan pula boleh diintegrasikan dengan senibina masa hadapan membolehkan BWM menawarkan kenderaan dengan pelbagai pilihan pek kuasa kepada pelanggan.

Komponen yang digunakan juga dinaiktaraf dengan kecekapan lebih tinggi. Walaupun sistem pemanduan dibangunkan sendiri oleh BMW, sel hidrogen yang digunakan adalah dibangunkan oleh Toyota menggunakan spesifikasi yang dibangunkan BWM sendiri.

BMW Sel Kuasa Hidrogen

BMW telah berjinak-jinak dengan kenderaan sel hidrogen sejak 2014 menerusi BMW 535iA yang menggunakan tren kuasa Totoya. Seterusnya BMW iX5 Hydrogen dibangunkan sebagai kenderaan hidrogen generasi kedua dengan ia sekadar projek rintis yang belum ditawarkan kepada pasaran terbuka.

Toyota ialah syarikat yang melakukan pelaburan besar dalam pembangunan sel hidrogen kerana mereka percaya ia mempunyai masa depan lebih baik berbanding bateri. Syarikat kenderaan terbesar dunia ini telah menawarkan model Mirai sejak beberapa tahun lalu dengan ia turut diuji oleh Sarawak sebagai usaha menjadikannya hab teknologi hidrogen rantau Asia Tenggara.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link