Malaysia Oversight

Bitcoin Bernilai $15 billion Dirampas Amerika Kerana Terlibat Dengan Penipuan Penyembelihan Khinzir

By Amanz in October 16, 2025 – Reading time 1 minute
Bitcoin Bernilai $15 billion Dirampas Amerika Kerana Terlibat Dengan Penipuan Penyembelihan Khinzir


Bitcoin Bernilai $15 billion Dirampas Amerika Kerana Terlibat Dengan Penipuan Penyembelihan Khinzir

October 16, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Penipuan “Penyembelihan Khinzir” ialah terma yang menjadi popular tahun lalu apabila jutaan akaun yang digunakan oleh sindiket dipadam oleh Meta dan Thailand memotong bekalan elektrik ke Myanmar yang menjadi lubuk aktiviti ini dilakukan. Minggu ini Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) mengumumkan mereka merampas Bitcoin bernilai $15 bilion (~RM 63 bilion) daripada dompet kripto yang digunakan oleh sindiket yang beroperasi di Kemboja.

Scam 02

Bitcoin dimiliki oleh, Chen Zhi yang mengetuai Prince Group. Dari luar Prince Group yang ditubuhkan pada tahun 2015 beroperasi sebagai sebuah syarikat hartanah dan kewangan tetapi ia semua hanyalah helah untuk menutup operasi sebenar melakukan penipuan atas talian.

Selain menipu mangsa menggunakan teknik “menyembelih khinzir”, Prince Group juga terlibat dengan jenayah perdagangan manusia dengan individu yang ditipu dengan pekerjaan mewah ditahan untuk menjadi hamba melakukan operasi.

Penipuan penyembelihan khinzir menerima namanya kerana mangsa akan dibela oleh penjenayah di peringkat awal sebelum ditipu dengan meminta wang dalam jumlah besar diserahkan sama seperti bagaimana petani menjaga khinzir yang kemudiannya disembelih.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link