Bilionwan Kripto Dalang Sindiket Penipuan Atas Talian dan Perhambaan Diekstradisi Ke China
Effi Saharudin
Dunia atas talian kini menjadi sedikit lebih selamat selepas Chen Zhi, bilionwan kripto yang menjadi dalang sindiket penipuan atas talian dalam bentuk penyembelihan khinzir serta perhambaan manusia di Kemboja telah diekstradisi ke China untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Usahawan yang menerajui Prince Group ini telah ditangkap di Kemboja pada 6 Januari sebelum diekstradisi pula ke China pada 7 Januari. Chen didakwa menjadi ketua operasi penipuan kripto berskala global bernilai berbilion dolar. Ini termasuklah mengendalikan pusat panggilan penipuan atas talian yang menggunakan perhambaan manusia.
Mereka yang enggan melakukan aktiviti penipuan akan diseksa atau dibunuh sekiranya cuba melarikan diri. Antara yang menjadi mangsa ialah rakyat Malaysia yang dijanjikan peluang pekerjaan berpendapatan lumayan.
November lalu Polis Republic Singapura menyita aset bernilai S$150 milik Prince Group dalam bentuk enam hartanah, akaun bank, wang tunai, 11 kereta, minuman keras dan kapal layar. Pada Oktober pula Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) merampas Bitcoin bernilai $15 bilion daripada dompet kripto yang dipercayai milik Chen Zhi,





