Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang dipecat Umno dua tahun lalu, masih berteka-teki berkaitan spekulasi kemasukan semula ke parti itu.
“Saya dah maklum tadi, nanti bila tiba masa untuk saya buat pengumuman.
“Saya akan maklum pada pihak media. Tak pasti lagi,” katanya kepada media di bangunan World Trade Center Kuala Lumpur, yang juga menempatkan ibu pejabat Umno.
Terdahulu dia menghadiri Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional 2025: Reformasi Sistem Pendidikan Zaman AI dan Pemerkasaan Institusi Guru yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh.
[Berita penuh menyusul]






