Malaysia Oversight

Bila SD kena batang hidung sendiri

By MkiniBM in September 9, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Drama politik minggu ini amat lucu. Bersatu dan presidennya Yassin yang dulu dapat kuasa melalui akuan bersumpah (SD) kini bergelut apabila langkah yang sama digunakan dalam parti.

Cuba ingat balik pada tahun 2020 selepas membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH), sekali gus menjatuhkan ketika itu. Dengan kuasa SD, dia dilantik sebagai perdana menteri.

Kemudian selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dia cuba menggunakan SD daripada sekumpulan anggota parlimen untuk kembali ke tampuk kuasa.

Punyalah tak puas hati, SD yang dikumpulkan itu tidak diterima, dan Ibrahim pula akhirnya menjadi perdana menteri. Dua tahun selepas PRU berlalu pun, perkara sama masih diungkit.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Insiden-insiden ini menunjukkan tiada masalah menggunakan SD untuk mendapatkan kuasa.

Tetapi bila SD digunakan untuk menggugat kedudukannya, tiba-tiba perkara itu tidak boleh.

Dikatakan 120 ketua bahagian Bersatu telah menandatangani SD mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan presiden dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya Hamzah Zainudin.

Dikatakan mereka khuatir kepimpinan Muhyiddin tidak cukup kuat untuk mendapatkan kemenangan bagi Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

Dalam ucapan pembukanya ketika mesyuarat tahunan Bersatu hari Sabtu, presiden parti itu berkata tindakan menggunakan SD untuk menjatuhkannya melanggar peraturan dan perlembagaan parti.

Katanya jika dia boleh digulingkan melalui SD, maka semua pemimpin parti boleh dijatuhkan sedemikian.

54a9ac1d9a2233dc5f938ed788e8d8db

Mungkin dia patut memikirkan logik ini ketika menggunakan SD untuk membuktikan majoriti dan tidak mengetepikan undi percaya di parlimen.

Tetapi bukan Muhyiddin seorang yang sedang dihantui keputusan lampau.

Dua tahun lepas, anggota parlimen Pagoh mengumumkan hasrat untuk bersara sebagai presiden Bersatu, namun pemimpin parti itu juga yang merayu-rayu yakinkan dia supaya kekal.

Berapa ramai antara mereka yang dulu merayu supaya Muhyiddin kekal, sekarang menyesal atas tindakan mereka, dan sekarang cuba menjatuhkan presiden?


ZIKRI KAMARULZAMAN adalah anggota pasukan Malaysiakini.

Tulisan ini bagaimanapun tidak semestinya mencerminkan pendirian portal berita ini.



Source link