Malaysia Oversight

Biar agensi k’jaan siasat dakwaan pencemaran ladang babi

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 4 minute
Biar agensi k'jaan siasat dakwaan pencemaran ladang babi


PRK AYER KUNING | Jabatan Agama Perak akan kaji jika air sungai berkenaan digunakan oleh umat Islam untuk berwuduk, susulan dakwaan PN bahawa keadaan air tersebut tidak suci

Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad menyerahkan kepada agensi kerajaan negeri untuk menyiasat dakwaan PN bahawa sebuah ladang di Kampung Poh telah mencemarkan Sungai Bidor.

Saarani berkata dia tidak dapat mengesahkan atau menafikan kesahihan dakwaan pembangkang itu, namun memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sedia maklum berkenaan perkara tersebut.

Jelasnya, jabatan agama negeri itu akan meneliti sama ada air sungai berkenaan boleh digunakan oleh umat Islam untuk berwuduk, susulan dakwaan PN bahawa keadaan air tersebut tidak suci untuk tujuan ibadah akibat pencemaran.

c75e2f66d42ccc97a15cb1def58c013e

“Biarlah jabatan kerajaan bertanggungjawab (lakukan siastaan termasuk ujian makmal),” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri satu program di Sekolah Menengah Sains Tapah, hari ini.

MB enggan layan mainan politik

Saarani berkata dia lebih selesa untuk tidak mengulas panjang buat masa ini kerana PN dilihat menggunakan isu itu bagi meraih kepentingan politik menjelang pilihan raya kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.

“Saya tak mahu politikkan isu itu, waktu sekarang ini kalau dijawab pun tak betul juga sebab tujuan PN pergi (ke ladang ) nak politikkan keadaan,” katanya.

6b752e74f43a74192d1f2c6657700a25

“Bila datang PRK semua tak puas hati akan dibangkitkan.

“Saya nasihat orang ramai untuk beri peluang kepada kerajaan sedia ada untuk teruskan bangunkan negeri.

“PN guna isu sehingga kempen luar kawasan DUN PRK.

“Sebab itu saya kata bila nak cari, nak politikkan isu itu, dia cari sampai dapat, mereka cari termasuk melawat ke kawasan (ladang babi) di luar Dun Ayer Kuning.

“Dia (pemimpin PN) cuba bangkit kemarahan kebencian untuk timbulkan rasa tak puas hati,” jelasnya.

“Nak bangunkan negeri kena bangunkan dengan niat baik bukan dengan maki hamun cari salah orang lain,” katanya lagi.

PN jadikan isu babi bahan kempen

Terdahulu hari ini, beberapa pemimpin PN membawa media melawat ladang babi di Kampung Poh, Bidor, dan mendakwa sisa kumbahan daripada ladang berkenaan telah mencemarkan Sungai Bidor.

Naib Presiden , Idris Ahmad mengakui Kampung Poh terletak di sempadan kawasan DUN Ayer Kuning, namun menegaskan bahawa isu itu penting kerana Sungai Bidor merupakan sumber air sekunder bagi sebahagian besar penduduk.

3e6363429baf9c288d572e29e612dd3c

Ketua Pemuda PN Perak, Hafez Sabri, turut menggesa agar pihak berkuasa termasuk Saarani turun sendiri ke lokasi, dan bukannya “sekadar duduk dalam pejabat berhawa dingin,” jika mahu menyelesaikan isu itu secara tuntas.

Susulan itu, gabungan PN telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Calon PN bagi PRK Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek semalam berjanji untuk menutup ladang babi haram yang gagal mematuhi syarat perlesenan, sekiranya beliau menang dalam undian Sabtu ini.

Gabungan itu dilihat menjadikan isu ladang babi sebagai bahan utama kempen, dalam usaha memenangi kerusi majoriti Melayu tersebut yang terletak dalam kawasan parlimen Tapah yang kini disandang oleh MIC.

Isu kehadiran calon di program kerajaan

Sementara itu, Saarani juga berkata Bersih berhak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya badan pemantau pilihan raya itu percaya kerajaan telah melanggar prinsip pilihan raya bebas dan adil semasa berkempen di Ayer Kuning.

Saarani sebelum ini menerima kritikan Bersih kerana hadir bersama calon DUN Ayer Kuning dalam sebuah acara rasmi kerajaan di Kompleks Sukan Tapah.

Bersih mendakwa kehadiran itu membayangkan penyalahgunaan sumber kerajaan untuk tujuan kempen.

Bagaimanapun, Saarani menolak dakwaan tersebut dan berkata ia bukan pelanggaran peraturan, malah menyifatkan ia sebagai perkara biasa dalam kempen pilihan raya.

“Memang calon PRK di mana ada manusia berhimpun dia kena pergi sebab dia nak bersalam dengan orang, bila ada pasar malam dia pergi, pasar tani dia pergi.

“Mana ada pengundi ada dia pergi, kalau main bola sepak dia pergi ke padang, itu ruang paling mudah jumpa orang.

Bukan senang masa PRK nak jumpa semua pengundi.

“Kalau sempat ceramah dia ceramah kalau tidak di mana-mana ada ruang kempen dia jumpa pengundi di mana sahaja,” katanya.

Semalam, Bersih menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan berlaku rasuah politik melibatkan pemimpin kerajaan sepanjang tempoh kempen PRK Ayer Kuning.

Bersih menegaskan bahawa sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa ketika pilihan raya bukan sahaja mencemarkan demokrasi, malah menghakis kepercayaan awam terhadap sistem pilihan raya.

Tiga penjuru di Ayer Kuning

Pengundi Ayer Kuning akan keluar mengundi pada 26 April ini, selepas dua minggu tempoh berkempen.

PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PN Abd Muhaimin Malek (Ketua PN Tapah), calon Yusri Bakir (Setiausaha Tapah), dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang juga timbalan setiausaha agung parti itu.

Kerusi DUN Ayer Kuning diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada , Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari lalu.

[Baca berita asal]



Source link