PARLIMEN l Ahli Parlimen Tasik Gelugor Wan Saiful Wan Jan, yang baru dipecat daripada Bersatu, mengingatkan pimpinan agar tidak menjadikan parti itu sebagai alat untuk kepentingan peribadi atau keluarga mereka.
Pada sidang media di Parlimen hari ini, Wan Saiful menegaskan bahawa dia dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal — yang digantung keahliannya selama satu penggal — masih komited dengan perjuangan Bersatu, walaupun ada pihak tertentu berusaha menyingkirkan mereka.

“Bersatu, Perikatan Nasional bukan milik mana-mana individu atau mana-mana tokoh tertentu.
“Ia tidak boleh dipergunakan atau ditunggang oleh sesiapa saja untuk selamatkan diri atau ahli keluarga mereka,” katanya.






