Malaysia Oversight

Bersatu jangka PRU16, beberapa PRN tahun depan

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 2 minute
Bersatu jangka PRU16, beberapa PRN tahun depan


Bersatu menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bersama beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan pada tahun hadapan.

Ditanya tentang asas andaian itu, setiausaha agungnya, Mohamed Azmin Ali berkata, banyak faktor yang menyumbang bahawa yang diterajui oleh Perdana Menteri, Ibrahim pada hari ini memerlukan mandat baru disebabkan pelbagai kegagalan.

b59c7932b82c4ff4c06ba134617f2e87
Mohamed Azmin Ali

“Pertama, kegagalan menguruskan isu ekonomi termasuk kos sara hidup rakyat yang semakin membebankan. Begitu juga isu yang banyak diperkatakan pada hari ini seperti Akta Pembaharuan Semula Bandar dan kes buli.

“Keadaan ini amat mendesak untuk Madani mendapat mandat baharu bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara pada masa akan datang,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kelapan 2025 di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya, hari ini.

Kali terakhir PRU15 diadakan adalah pada November 2022 dan mandat hari ini akan hanya berakhir pada hujung 2027. Selain Sabah yang dijangka akan mengadakan PRN tahun ini, dua negeri lain yang mandat mereka berakhir pada tahun depan ialah Melaka dan Sarawak.

65b374a70ade05c0b1469ee8cb77d15c

Mengulas lanjut, Azmin berkata, hala tuju menghadapi PRU16 akan terangkum dalam ucapan dasar presiden, hujung minggu ini

“Ucapan presiden juga akan menekankan isu mendesak, termasuk kos sara hidup yang terus membebankan rakyat dan peniaga; ekonomi, termasuk perdagangan dan pelaburan; kesan tarif import AS; peluang pekerjaan untuk belia; Akta Pembaharuan Bandar; dan keharmonian negara; geopolitik; serta perkembangan terkini kerjasama antara parti di luar blok kerajaan,” katanya.

Menurut Azmin, akan perhimpunan agung tahunan itu akan dimulakan dengan perasmian sayap parti pada pagi Sabtu yang dirasmikan Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.

b89e68c2ec5890ccb42327db87e968ec

“Perasmian perhimpunan agung tahunan oleh Presiden Bersatu, Yassin akan diadakan pada Sabtu ini, pukul 8.30 malam. Pada Ahad, perhimpunan itu akan dimulakan pukul 8.30 pagi dengan sesi perbahasan dan sesi penggulungan di sebelah petang.

“Seramai 14 perwakilan mewakili negeri-negeri akan membahaskan Ucapan Dasar Presiden, empat perwakilan mewakili sayap-sayap dan dua orang mewakili mahasiswa universiti,” katanya.

Azmin juga berkata Bersatu telah menghantar 94 jemputan kepada kedutaan, pimpinan komponen PN, parti sahabat, serta NGO, dengan kehadiran pengasas Bersatu Dr Mahathir Mohamad juga telah disahkan.



Source link