Malaysia Oversight

Bersatu dah maklumkan status 6 MP kepada speaker

By MkiniBM in August 7, 2025 – Reading time 2 minute
Bersatu dah maklumkan status 6 MP kepada speaker


Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata Bersatu telah melaksanakan tanggungjawabnya mengikut undang-undang antilompat parti dengan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, mengenai status enam ahli parlimen yang mengisytiharkan sokongan kepada .

Dalam sidang media di parlimen hari ini, Hamzah menjawab kenyataan Johari mengenai keenam-enam ahli parlimen berkenaan masih dianggap sebahagian daripada blok pembangkang kerana belum menerima sebarang makluman rasmi mengenai status mereka.

“Di bawah undang-undang antilompat parti, setiausaha agung parti perlu menghantar surat kepada speaker untuk memaklumkan dan melaporkan (perkara berkaitan lompat parti).

“Sebab itu saya hairan apabila beliau (Johari) kata tiada siapa yang (secara rasmi) memaklumkannya,” kata Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan bekas setiausaha agung parti itu.

Enam ahli parlimen tersebut ialah Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Semua mereka itu dipecat Bersatu selepas menyatakan sokongan terhadap Madani.

Semalam, Johari berkata semua mereka belum meminta dikeluarkan daripada blok pembangkang, justeru dia masih menganggap mereka sebagai wakil pembangkang.

Dalam sidang media itu juga, Hamzah mengulangi sindiran yang asalnya dibuat oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, dengan merujuk kepada enam ahli parlimen tersebut sebagai mamba.

Dia menjelaskan bahawa istilah itu digunakan untuk menggambarkan individu yang tidak tegas dalam menyokong atau menentang sesuatu perkara yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

“Saya nak beritahu kepada enam ahli parlimen itu – kamu semua tidak akan menjadi calon (pilihan raya) lagi.

“Pihak sebelah sana () tidak mahukan kamu, dan pihak sini (pembangkang) – maaf cakap – 100 peratus kamu tidak akan menjadi calon kami, sebab macam Hulu Terengganu kata, mamba,” katanya.


Laporan oleh Alyaa Alhadjri, Qistina Nadia Dzulkarnain, dan B Nantha Kumar



Source link