Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang dimasukkan ke hospital selepas terjatuh pada 6 Januari lalu, membuat penampilan awam pertamanya hari ini.
Pemimpin berusia 100 tahun itu dilihat di sebuah kafe di Pavilion Damansara dengan berkerusi roda, berbaju lengan pendek dan berkain pelekat.
Setiausaha akhbarnya, Sufi Yusoff, menyifatkan aktiviti luar itu sebagai satu perkembangan penting dalam proses pemulihan Mahathir.
“Dia keluar minum kopi di Pavilion Damansara. Ini penampilan awam pertamanya, 22 hari selepas dimasukkan ke hospital,” katanya.
Bagaimanapun, Sufi mengesahkan bahawa Mahathir masih belum dibenarkan keluar dari hospital sepenuhnya.
Pada 10 Januari lalu, media melaporkan bekas perdana menteri itu berdepan proses pemulihan yang panjang selepas patah tulang pinggul akibat terjatuh di kediamannya.






