Malaysia Oversight

Berita palsu tentang PM: Suspek disiasat

By MkiniBM in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Berita palsu tentang PM: Suspek disiasat


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan pihaknya sedang menyiasat seorang individu yang disyaki memuat naik berita palsu mendakwa mengakui terdapat banyak kelemahan dalam perjanjian dagang Malaysia-AS yang baru ditandatanganinya.

Berita palsu itu menggunakan kepala berita Utusan Malaysia.

Suspek berkenaan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka hari ini dan telefon bimbitnya turut dirampas.

Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam perkembangan lain, semalam genap tiga bulan sejak mengarahkan MCMC menyemak sama ada dakwaannya terhadap benar atau palsu.

Pada 5 Ogos lalu, mendakwa di parlimen bahawa telah mempertahankan subsidi bahan api untuk warga asing.

Ketua PN itu menafikan pernah membuat kenyataan sedemikian, mendorong perdana menteri mengarahkan MCMC menyiasat sumber maklumat beliau.

Siasatan Malaysiakini sebelum ini menemui satu video TikTok yang memaparkan ciri-ciri berita palsu dan mengandungi dakwaan serupa terhadap .

Kemudian, Anwar mengakui di parlimen bahawa salah satu sumber maklumatnya adalah palsu namun mendakwa dua lagi sumber masih menunggu pengesahan MCMC.

Dia berkata permohonan maaf hanya akan dibuat selepas siasatan MCMC selesai.

Namun, sejak itu tiada banyak perkembangan dilaporkan berhubung perkara berkenaan.

Pada 9 September, suruhanjaya itu berkata siasatan masih dijalankan.

Pada 15 Oktober, Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid meminta kemas kini semasa sesi perbahasan Belanjawan 2026.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Fadzil tidak memberikan sebarang maklum balas semasa sesi penggulungan kementeriannya pada Isnin.



Source link