Malaysia Oversight

Beri diskaun saman trafik ibarat perlekeh undang-undang

By MkiniBM in October 29, 2025 – Reading time 2 minute
Beri diskaun saman trafik ibarat perlekeh undang-undang


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menghentikan segera amalan menawarkan diskaun terhadap saman trafik.

Gesaan itu, termasuk potongan 70 peratus yang diumumkan bagi tempoh 1 November hingga 30 Disember 2025.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader, berkata tawaran diskaun sebegitu bukan sahaja memperlekehkan undang-undang, malah menjejaskan kredibiliti agensi penguatkuasaan.

af684382b9e73b96ffbd6117e0c2efea
Mohideen Abdul Kader

“Apabila diskaun besar diberikan berulang kali, ia menghantar mesej berbahaya bahawa melanggar undang-undang tidak membawa akibat serius.

“Pesalah boleh tunggu diskaun seterusnya untuk bayar saman pada kadar jauh lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohideen, pendekatan itu bukan saja menghakis penghormatan terhadap undang-undang tetapi juga menjejaskan keselamatan jalan raya.

Tambahnya, peraturan lalu lintas diwujudkan untuk melindungi nyawa, mencegah kemalangan serta mendidik pemandu menjadi lebih bertanggungjawab — namun tawaran diskaun tersebut bertentangan dengan matlamat itu.

“Pemandu yang patuh undang-undang dan membayar saman tepat pada masanya menjadi mangsa apabila pesalah tegar diberi ganjaran dengan potongan harga.

“Ia tidak adil dan menumbuhkan budaya tidak bertanggungjawab di kalangan pengguna jalan raya,” katanya.

39691278e4bda2051604dd62c410899b

Dia menegaskan perlu menegakkan kedaulatan undang-undang dengan memastikan hukuman dilaksanakan secara adil dan konsisten, tanpa sebarang keistimewaan.

Fokus utama, kata presiden CAP itu, harus diberikan kepada penguatkuasaan berkesan, pendidikan keselamatan jalan raya, dan pemungutan denda yang cepat, bukan dengan menawar diskaun yang menormalisasi pelanggaran undang-undang.

mesti hentikan amalan tidak produktif ini dan pulihkan keyakinan rakyat terhadap integriti sistem penguatkuasaan negara.

“PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula perlu memperkukuh tindakan penguatkuasaan dan bertindak tegas terhadap pesalah,” katanya.



Source link