Malaysia Oversight

‘Berhentikan tiga Adun PAS bukan arahan peribadi Abdul Hadi’

By MkiniBM in January 24, 2026 – Reading time 2 minute
'Berhentikan tiga Adun PAS bukan arahan peribadi Abdul Hadi'


Keputusan pemberhentian keahlian tiga bekas Perlis merupakan keputusan kepimpinan pusat parti yang “muktamad” dan “bukan arahan peribadi Presiden , Abdul Hadi Awang,” jelas setiausaha politiknya, Syahir Sulaiman.

“Sebagai pencerahan, Fasal 15A Perlembagaan (Pindaan 2025) berkaitan Keberhentian Ahli Badan Perundangan telah diluluskan oleh Muktamar PAS dengan sokongan sebulat suara. Di penghujung fasal tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa “… keputusan adalah muktamad.”

“Justeru, ketetapan ini adalah keputusan Muktamar (PAS), selaku badan tertinggi parti,” katanya pada hantaran di media sosial.

Kenyataan Syahir itu dibuat sebagai maklum balas terhadap laporan Malaysiakini yang memetik Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, sebagai berkata masih terdapat kemungkinan penyelesaian berhubung kedudukan tiga terbabit kerana keputusan berkenaan tertakluk kepada pertimbangan Majlis Syura.

878afffb105bcc1ee74e5145f0557fe2

Hashim mengulas kunjungan hormat daripada Presiden Bersatu Yassin, pemimpin Bersatu Perlis serta tiga bekas PAS berkenaan. Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ahmad Adnan Fadzil turut kelihatan hadir dalam pertemuan bersama Hashim itu.

berkunjung ke Perlis kira-kira sebulan selepas anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Shukri Ramli, meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Dia terpaksa berundur selepas gagal mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

Mohd Shukri berdepan dengan lapan perakuan berkanun (SD) yang dikemukakan Adun Perlis, dengan tiga daripadanya ditandatangani Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

4e83cc820783905f818b4f663b8a219c

PAS kemudian memberhentikan keanggotaan ketiga-tiga Adun terbabit. PAS menganggap kejadian tersebut – yang menyaksikan Adun Bersatu menjadi menteri besar – melibatkan pengkhianatan.

Ia juga sempat menimbulkan ketegangan hubungan di antara PAS dan Bersatu sehingga membawa kepada desakan agar melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Sementara itu, Syahir yang juga ahli parlimen Bachok berkata PAS Pusat hanya melaksanakan mandat muktamar, dengan mengambil kira keseriusan pelanggaran yang dilakukan oleh tiga Adun berkenaan, dan bukan bertindak atas budi bicara individu.

Dia turut menjelaskan keputusan yang dibuat pada 24 Disember 2025 itu berasaskan pengakuan yang diberikan sendiri oleh ketiga-tiga bekas Adun tersebut kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dalam mesyuarat di Pejabat Agung PAS pada 21 Disember lalu.

74287c0bd2aa927a6b6047a80375cd53

Dalam pada itu, Syahir turut menolak sebarang tanggapan wujud perpecahan dalam kepimpinan tertinggi parti susulan kenyataan mursyidul am PAS itu.

“Adapun hubungan antara tuan guru presiden PAS, tuan guru mursyidul am PAS, seluruh ahli jawatankuasa PAS pusat serta ahli majlis syura ulama sentiasa terpelihara dan kekal utuh, insya-Allah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata keahlian tiga Adun PAS Perlis terhenti berkuat kuasa serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025), yang merujuk kepada tindakan menyokong atau bertindak bertentangan dengan arahan dan pendirian parti.



Source link