Malaysia Oversight

‘Berhenti bermimpi, Malaysia tak akan jadi Harimau Asia’

By MkiniBM in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
‘Berhenti bermimpi, Malaysia tak akan jadi Harimau Asia’


Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menyanggah kenyataan bahawa Malaysia boleh menjadi “Harimau Asia”, dan mengingatkan kelemahan sistemik dalam kepimpinan, tadbir urus dan dasar akan terus menghalang kemajuan Malaysia.

Zaid mengulas kenyataan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa Malaysia masih boleh mencapai status “Harimau Asia” jika dipimpin oleh seorang perdana menteri yang berwawasan. 

Zaid bagaimanapun menolak pandangan itu sebagai tidak realistik.

“Tidak, kita tidak boleh jadi seperti , Korea atau Singapura. Berhentilah bermimpi,” katanya satu hantaran di media sosial.

Dia mengakui bahawa suatu ketika dahulu dia percaya Perdana Menteri Ibrahim adalah tokoh berwawasan yang diperlukan oleh Malaysia, namun kecewa apabila melihat enggan merombak dasar-dasar lama.

“Saya ingat kita ada seorang tokoh berwawasan iaitu , tetapi dia juga tidak sanggup merombak dasar-dasar sedia ada,” kata Zaid, sambil menambah Malaysia masih terperangkap dalam sistem ekonomi dan pendidikan yang ketinggalan zaman, serta dibebani rasuah dan golongan elit yang mengaut keuntungan dan terus mendapat perlindungan.

“Ahli politik dan perkhidmatan awam kita bukan yang terbaik dan dasar pendidikan serta ekonomi kita sudah lapuk,” katanya.

d622c7b801628c3d819a7c41132d121d
Wan Ahmad Fayhsal

Dia turut mengkritik keistimewaan yang diberikan kepada golongan tertentu yang tidak boleh dipersoalkan.

“Kita adalah sebuah oligarki feudal yang diperkukuh oleh birokrasi agama, yang mana tokoh Renaissance itu sendiri tidak berani untuk buat perubahan dan reformasi,” katanya, merujuk kepada imej Anwar sebagai reformis.

‘Hanya lebih baik daripada Pakistan’

Kata Zaid lagi, “berhenti bandingkan kita dengan harimau sebenar. Kita cuma versi yang lebih baik daripada Pakistan. Itu sahaja yang boleh kita harapkan.”

Kenyataannya itu dibuat di tengah usaha untuk mengembalikan daya saing ekonomi dan visi jangka panjang Malaysia, termasuk soal pembaharuan subsidi, sistem cukai dan pelaburan asing.

Dalam wawancara bersama Free Malaysia Today sebelum ini, Wan Fayhsal berkata negara perlu menyesuaikan semula dasar dan sistem nilainya untuk mencapai visi tersebut.

Dia yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata para pemimpin negara perlu komited terhadap agenda reformasi yang mengutamakan kemajuan jangka panjang berbanding kepentingan politik jangka pendek.



Source link