Malaysia Oversight

Berfikiran terbuka, jangan awal-awal hukum festival muzik air

By MkiniBM in January 29, 2026 – Reading time 2 minute
Berfikiran terbuka, jangan awal-awal hukum festival muzik air


Presiden Persatuan Pelancongan Inbound Malaysia (Mita), Mint Leong menasihatkan Pemuda agar supaya bersikap “berfikiran leih terbuka dan tidak menghukum awal” festival muzik air yang dijadualkan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Katanya, festival itu, yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Mei ini sempena sambutan Hari Pekerja, bertujuan untuk menghargai para pekerja.

“Sambutan Hari Pekerja selama tiga hari oleh Kementerian Pelancongan ini adalah langkah julung kali diadakan bagi memecah rangka kerja feudal dan tradisional, sekali gus mencipta era baharu acara yang inklusif serta interaktif untuk semua rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa.

“Mita berharap kementerian dapat menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia Madani, toleransi beragama, perpaduan, dan sifat keterbukaan melalui sambutan inovatif yang menggabungkan muzik dan air ini,” katanya dalam satu kenyataan.

6a75241a944e360bb83507f36e50a270
Sukri Omar

Semalam, Ketua Pemuda , Sukri Omar menjelaskan bahawa bantahannya bukanlah terhadap Tahun Melawat Malaysia 2026, sebaliknya berpendapat acara besar seharusnya menonjolkan identiti unik Malaysia dan bukannya meniru model parti jalanan luar negara yang mungkin bercanggah dengan norma tempatan.

Dia mencadangkan agar Malaysia mengambil inspirasi daripada negara seperti Jepun, Korea Selatan, dan Turki yang berjaya mempromosikan pelancongan sambil mengekalkan warisan budaya mereka.

“Kekuatan utama Malaysia sebagai destinasi pelancongan bukan terletak pada pesta jalanan atau hiburan bebas, sebaliknya pada budaya, adab, warisan dan identiti ketimuran yang menjadi jati diri negara.

“Pelancongan yang berjaya bukan yang paling bising dan sensasi, tetapi yang berakar pada nilai, berteras budaya dan berwajah Malaysia,” kata Sukri.

Dia turut memberi amaran bahawa format festival dan parti jalanan tersebut mungkin bercanggah dengan norma budaya tempatan, kesopanan awam, dan keharmonian sosial, terutamanya dengan latar belakang Malaysia yang berbilang kaum dan majoriti Muslim.

Bagaimanapun, Leong berpendapat bahawa aktiviti muzik dan menari di jalanan adalah bukti globalisasi Malaysia serta menjadi daya tarikan bagi pelancong muda.

Tambahnya, acara itu akan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya yang selamat, stabil, dan bertenaga.

“Selagi kita menghormati sensitiviti kaum dan agama, Malaysia harus menunjukkan keterbukaan minda,” katanya sambil menambah bahawa Mita menyokong penuh usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim yang terulung.

Dia berkata menyokong festival muzik bertema air dan mempromosikan pelancongan mesra Muslim adalah dua perkara yang saling melengkapi.

“Kita memecah rangka kerja lama dengan menarik pelancong muda global melalui festival muzik pelancongan Malaysia yang inovatif, sambil dalam masa sama memperkukuh kehadiran kita dalam pasaran pelancongan Muslim.

“Kedua-dua usaha ini tidak bercanggah; sebaliknya, ia menunjukkan keupayaan Malaysia mengendalikan keperluan yang pelbagai,” katanya.

Sukri sebelum ini turut membantah penutupan beberapa jalan untuk festival tersebut, dengan alasan ia akan menjejaskan mobiliti bandar, operasi perniagaan kecil, keselamatan awam, dan keselesaan orang ramai.



Source link