Malaysia Oversight

Berapa kali nak suruh turun? Sudahlah, kata Anwar

By MkiniBM in November 4, 2025 – Reading time 2 minute
Berapa kali nak suruh turun? Sudahlah, kata Anwar


PARLIMEN l Perdana Menteri Ibrahim sekali lagi berdepan desakan supaya meletak jawatan yang kali ini oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad – namun dia menegaskan, “sudahlah.”

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, tidak menyebut nama sebarang individu, tetapi jelas merujuk kepada kritikan Mahathir semalam berhubung perjanjian dagangan Malaysia-Amerika Syarikat (AS).

e242b3548ebab4ed4d2acac69cd66936

“Saya nak sebut di sini isu hangat di sebelah sana, isu perjanjian perdagangan. Terkait bukan sahaja Malaysia, tetapi juga Asean.

gergasi ekonomi baru ini masih berunding soal tariff dengan Amerika Syarikat. Kita tidak terkecuali,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

“Ini bukan soal menyerah, soal khianat, soal gadai, soal penjajahan baru…

“Nak suruh turun sekali lagi pula? Berapa kali nak suruh turun? Sudahlah,” katanya.

1817efb644da9653812ffb85d54f87a0
Ku Abdul Rahman Ku Ismail

Menjawab soalan Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu), menjelaskan fokus Malaysia adalah untuk memperkukuh perdagangan intra-Asean, selain menjelaskan kesan perjanjian Malaysia-AS yang turut memberi impak kepada rantau ini.

“Tetapi yang saya nak tekankan di sini adalah, masalah hubungan -Amerika soal perdagangan itu rundingannya di sini, di Kuala Lumpur.

“Pasukan dan Amerika tiga hari tiga malam berunding di Kuala Lumpur sebelum pertemuan Presiden dan President Xi Jinping baru-baru ini, jadi ada juga jasa dan khidmat kita,” katanya.

76f77af7f6a5f9ffd16975d0d1de374e

Semalam, Mahathir bersama beberapa NGO dan parti politik mengumumkan 12 resolusi bersama bagi menolak perjanjian dagangan Malaysia-AS.

Antaranya, mereka menegaskan klausa keluar atau exit clause yang disebut oleh Anwar hanyalah helah yang tidak akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada perangkap perjanjian itu.

“Satu-satunya exit clause yang ada sekarang adalah untuk Anwar dan kabinetnya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan,” kata Mahathir.



Source link