Malaysia Oversight

Belum ada parti dapat majoriti mudah

By Utusan in November 29, 2025 – Reading time 1 minute
Belum ada parti dapat majoriti mudah


KOTA KINABALU: Setakat ini tiada parti yang meraih majoriti mudah membentuk negeri Sabah ekoran masing-masing meraih antara satu dan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilaporkan memenangi 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 9.30 malam.

Selain itu, Parti Warisan (Warisan) meraih 13 kerusi manakala Barisan Nasional () pula lapan.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan (PH) meraih dua kerusi kemenangan, Bebas (tiga) manakala Star dan UPKO masing-masing meraih satu kerusi DUN.

Setakat ini, 52 kerusi telah dikira setakat, manakala tinggal 21 kerusi yang tinggal.

DUN Sabah mempunyai 73 kerusi DUN dengan 37 kerusi diperlukan untuk membentuk majoriti mudah.-UTUSAN

 

 





Source link