Malaysia Oversight

Bella Astillah umum nama Sophia Albarakbah, cetus suasana kekok

By Utusan in August 4, 2025 – Reading time 2 minute
Bella Astillah umum nama Sophia Albarakbah, cetus suasana kekok


: Momen di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) pada malam kemuncak program pada Ahad menjadi bualan hangat warganet apabila gelagat penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 31, dilihat serba tidak kena ketika menyampaikan trofi kepada aktres, Sophia Albarakbah.

Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, tampil mengumumkan pemenang bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat yang dimenangi Sophia.

Bagaimanapun, suasana bertukar janggal apabila Bella dilihat tidak bersama atau memandang wajah aktres berkenaan sewaktu menyerahkan trofi.

“Ha? Yang ini saya kenal sangat… Sophia,” ujar Bella ringkas ketika mengumumkan nama pemenang.

Tindakan itu nyata mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet yang pantas memenuhi ruangan komen media sosial dengan pelbagai reaksi.

“Macam susah Bella nak sebut nama Sophia. Lain ya muka dan intonasi Bella bila sebut nama Sophia.

“Sophia dan Bella atas pentas sama! Nampak janggal betul,” tulis netizen.

Insiden di AMT 2025 itu kembali menghangatkan semula kisah lama yang pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air.

Sekitar Januari 2023, nama Sophia menjadi tumpuan selepas didakwa sebagai orang ketiga yang menggugat rumah tangga Bella bersama suaminya ketika itu, penyanyi Aliff Aziz.

Bella sebelum ini pernah memuat naik tangkap layar perbualan yang memaparkan aktres berkenaan memohon maaf dan menyatakan hasrat memperbetulkan keadaan berhubung dakwaan tersebut.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 namun pasangan itu disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna. -UTUSAN





Source link