Bekas pemangku pengerusi Bersih Shahrul Aman Mohd Saari meninggal dunia pagi ini di Institut Kanser Negara, Putrajaya.
Berita dukacita itu dikongsikan oleh Penolong Setiausaha Agong Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Khubaib Azhari dalam satu kenyataan.
Dalam hantaran di media sosialnya, Ikram memaklumkan bahawa solat jenazah allahrayham yang juga setiausaha agung pertubuhan itu akan dilaksanakan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang selepas solat Zohor, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan.
Shahrul Aman memangku jawatan pengerusi Bersih dari Mac hingga Okt 2018, selepas Maria Chin Abdullah melepaskan tugas itu bagi bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.
Shahrul Aman juga pernah menjadi setiausaha kepada bekas menteri pendidikan Maszlee Malik