PUTRAJAYA: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan dua isterinya antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas diambil keterangan oleh pihak berkuasa itu.
Memetika laporan Buletin Utama, perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang turut mengesahkan kesemua mereka akan dibawa ke mahkamah esok.
Terdahulu, Hafizuddeain dilihat memasuki ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 3 petang tadi bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Beliau dilihat tiba dengan menaiki sebuah kereta mewah berwarna biru serta diiringi beberapa individu dipercayai peguam.
Media sebelum ini melaporkan, Hafizuddeain kini sedang disiasat SPRM berhubung dakwaan aliran tunai besar dalam akaun bank miliknya.
Difahamkan, siasatan SPRM tertumpu kepada aliran wang yang disyaki masuk ke dalam akaun pegawai itu dipercayai membabitkan kes rasuah projek perolehan TDM. – UTUSAN






