Bekalan elektrik yang terjejas susulan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka telah pulih sepenuhnya pada 5.54 petang tadi.
Perkembangan itu dimaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi hantaran di Facebook.
“TNB mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua pelanggan yang terkesan dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi akibat gangguan bekalan ini,” menurut TNB.
Orang ramai boleh melaporkan sebarang gangguan bekalan melalui saluran SARA the Chatbot di mytnb.com, hubungi talian 15454, menghantar pesanan menerusi Facebook TNB Careline atau X @Tenaga_Nasional serta e-mel kepada [email protected].
Terdahulu, TNB mengesahkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru terputus bekalan elektrik susulan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka hari ini.
-Bernama






