Malaysia Oversight

Beijing harap Thailand dan Kemboja capai penyelesaian segera

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
Beijing harap Thailand dan Kemboja capai penyelesaian segera


Beijing menzahirkan harapan agar Thailand dan Kemboja kekal bertenang, bertindak sehaluan, melakukan perbincangan ikhlas dan memanfaatkan mekanisme dua hala yang sedia ada.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian berkata mengambil maklum mengenai perkembangan terkini serta masalah yang muncul dalam pelaksanaan perjanjian damai oleh Thailand dan Kemboja.

Selaku sahabat dan jiran dekat, berharap kedua-dua negara dapat menemui jalan penyelesaian yang boleh diterima bersama dengan secepat mungkin bagi mengelakkan situasi bertambah buruk, kata beliau.

Lin turut mengulangi komitmen untuk meneruskan peranan konstruktif dalam membantu mewujudkan perdamaian antara dua negara itu.

Bernama-CMG



Source link