Beberapa Perkhidmatan CIMB Tergendala Sementara Pada 13 Dan 14 September 2025
Amy Maizuraa
CIMB Bank Berhad memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan perbankan utama akan mengalami gangguan sementara berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan. Gangguan ini melibatkan sistem MyDebit dan akan memberi kesan kepada penggunaan mesin juruwang automatik (ATM), MEPS serta mesin deposit tunai (CDM).

Gangguan akan bermula pada hari Sabtu (13 September 2025) dari jam 12:01 tengah malam hingga 8:00 pagi. Ia akan disambung semula pada hari Ahad (14 September 2025) dari jam 12:01 tengah malam hingga 5:00 pagi. Sepanjang tempoh ini, pengguna tidak akan dapat melakukan transaksi melalui ATM dan CDM.
CIMB menasihatkan semua pelanggan agar merancang urusan masing-masing dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Pihak bank turut memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh penyelenggaraan ini dijalankan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.