Beberapa Perkhidmatan BSN Akan Tergendala Buat Sementara Waktu
May 6, 2025
•
Amy Maizuraa
Bank Simpanan Nasional (BSN) memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan penyelenggaraan sistem berjadual. Penyelenggaraan ini dilakukan bermula dari pukul 11:00 malam pada hari Jumaat, 9 Mei 2025 hingga 10:00 pagi, 10 Mei 2025.

Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan akan tergendala buat sementara waktu termasuk urusan pemindahan segera DuitNow, FPX, dan JomPay melalui laman sesawang BSN serta aplikasi myBSN Mobile. Transaksi menggunakan kad debit BSN juga akan terjejas.
BSN menjalankan penyelenggaraan ini secara berkala bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Oleh itu, pelanggan disarankan untuk menyelesaikan sebarang urusan perbankan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.