Malaysia Oversight

Beberapa individu akan didakwa membuli

By MkiniBM in August 18, 2025 – Reading time 1 minute
Beberapa individu akan didakwa membuli


Jabatan Peguam Negara petang ini mengesahkan, akan ada beberapa indivivu akan didakwa di mahkamah berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.

Dalam kenyataan itu Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, berkata langkah itu diambil selepas AGC meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh polis kepada mereka baru-baru ini.

“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan,” katanya.

Pada masa sama Mohd Dusuki memberitahu walaupun pendakwaan akan dilaksanakan, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh polis.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link