Malaysia Oversight

Beberapa Ciri AI Baharu Diperkenalkan Untuk Adobe Photoshop, Premiere Pro dan Lightroom

By Amanz in October 29, 2025 – Reading time 2 minute
Beberapa Ciri AI Baharu Diperkenalkan Untuk Adobe Photoshop, Premiere Pro dan Lightroom


Beberapa Ciri AI Baharu Diperkenalkan Untuk Adobe Photoshop, Premiere Pro dan Lightroom

October 29, 2025
Kreatif
Perisian

Effi Saharudin

Di Adobe Max, Adobe akhirnya melancarkan beberapa ciri kecerdasan buatan (AI) yang sebelum ini diberikan sebagai ujian beta beberapa bulan lalu. Kita mulakan dengan Photoshop yang akhirnya mempunyai ciri menaik taraf resolusi gambar sehingga 56MP menerusi ciri Generative Upscale yang dikuasakan model AI Topaz Labs.

Harmonize pada Photoshop pula meletakkan elemen baharu yang ditambah ke dalam imej latar secara lebih realistik. Dengan menekan satu butang, bayang-bayang dan pantulan pada objek akan dihasilkan tanpa pengguna perlu menghabiskan masa menggunakan Dodge dan Burn secara manual.

Adobe Photoshop generative Upscale

Generative Fill kini lebih berguna kerana pengguna boleh memilih model pihak ketiga seperti Gemini 2.5 Flash Image (Nano Banana) atau FLUX.1 Kontext sekiranya model Firefly tidak begitu memuaskan.

Bagi pengguna Premiere Pro pula, AI Object Mask akan memisahkan objek daripada latar belakang dan menjejaknya secara automatik. Pengguna tidak lagi perlu melakukan rotoscoping syang mengambil masa yang lama dilakukan secara manual.

Adobe AI A

Seterusnya aplikasi Firefy diperkasakan dengan model baharu Image Model 5 yang boleh menjana audio latar yang serasi dengan video dijana menerusi Generate Soundtrack. Audio perbualan yang serasi dengan video pula dijana dengan Generate Speech. Dua ciri ini boleh digunakan menerusi beta terbuka hari ini.

Adobe Firefly Generative Sound

Satu lagi ciri yang boleh diuji menerusi beta terbuka ialah Assisted Culling di Lightroom. AI akan mengenalpasti subjek dan objek dalam gambar. Pencarian berdasarkan kriteria boleh dilakukan. Jika ribuan gambar diambil, ia boleh ditapis dengan meletakkan kriteria seperti mata terbuka, subjek di tengah atau tidak mempunyai cela seperti dedahan cahaya berlebihan.

Akhir sekali AI Assistants boleh digunakan dalam mod beta menerusi Adobe Express dan Photoshop. Ia boleh membantu melakukan suntingan pada imej dengan hanya memerlukan arahan dalam bentuk teks. Bukan sekadar itu, ia turut boleh memberikan saranan teks yang lebih sesuai digunakan. Dengan AI Assistants walaupun anda tidak mempunyai kepakaran, ia bukan penghalang untuk tidak boleh menggunakan perisian Adobe.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link