Beberapa Bilionwan Amerika Syarikat Juga Mungkin Akan Memiliki Pegangan Pada TikTok
Nazrin
Pada minggu lepas, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengumumkan bahawa kerajaan tersebut telahpun menetapkan pemilikan aplikasi TikTok di Amerika Syarikat, dimana Oracle, Silver Lake dan 16z dipercayai akan memegang sekitar 80% saham dalam syarikat tersebut, dan selebihnya akan dipegang oleh ByteDance.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa beberapa bilionwan negara tersebut, seperti anak-beranak Murdoch (Rupert dan Lachlan) yang memiliki Fox Corporation dan News Corpdan pemilik Oracle dan juga Michael Dell, CEO Dell juga akan memiliki pegangan dalam TikTok kelak. Nama Larry Ellison, Ketua Pegawai Teknologi dan pemilik Oracle juga dipetik, tetapi buat masa ini ia tidak pasti samada beliau akan memegang saham TikTok secara persendirian, berasingan dari pegangan oleh Oracle.

Donald Trump juga mengatakan mungkin akan ada beberapa individu lagi yang akan terlibat dalam pemilikan ekuiti keatas TikTok, tetapi tidak mengesahkan lagi siapakah individu-individu tersebut buat masa ini.
Untuk pengguna Tiktok di Amerika Syarikat, mereka nampaknya akan boleh menggunakan TikTok seperti biasa, dan masih akan menggunakan algoritma ByteDance, tetapi dengan penuras kandungan dan terma dan syarat yang akan ditetapkan oleh pemilik Amerika Syarikat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.