Malaysia Oversight

Batalkan perhimpunan berkait isu bendera di Pulau Pinang

By MkiniBM in August 15, 2025 – Reading time 1 minute
Batalkan perhimpunan berkait isu bendera di Pulau Pinang


Polis meminta pihak yang merancang untuk berhimpun di sebuah premis perniagaan di Pulau Pinang hari ini supaya membatalkan rancangan mereka.

Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata perhimpunan balas berhubung insiden pemasangan Jalur Gemilang tersebut berpotensi menjejaskan keselamatan dan sejahteraan orang ramai.

“Demi memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara serta mengelakkan sebarang bentuk pertembungan tidak sihat antara kumpulan bertentangan, PDRM menasihati agar semua pihak terlibat membatalkan perhimpunan yang dimaksudkan,” katanya dalam kenyataan media pagi ini.

Khalid menegaskan PDRM telah menjalankan siasatan berkaitan isu pemasangan Jalur Gemilang itu dengan sebanyak 38 laporan telah diterima di seluruh negara melibatkan 17 di Pulau pinang dan 21 di negeri-negeri lain.

“Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan, sebaliknya terus menyalurkan maklumat yang sahih kepada pihak polis,” katanya.

6251f40884836f8d070917137a4e1dcb

Terdahulu DAP Pulau Pinang dan peguam Zaid Malek menyatakan mereka akan berada di premis tersebut hari ini bagi menentang Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh, serta penyokongnya – yang menekan pemilik kedai berkenaan kerana memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

DAP memaklumkan mereka akan mengedarkan bendera kepada Akmal, manakala Zaid pula mahu menasihati ahli politik itu agar mencari jalan damai.

Akmal pada awalnya merancang untuk “mengajar” pemilik kedai itu cara memasang bendera dengan betul, namun membatalkan hasrat itu selepas DAP memasang bendera gergasi di premis berkenaan.

Sebaliknya, dia berkata akan hadir ke lokasi hanya untuk melihat bendera tersebut.

“Kami datang nak tengok bendera besar dan makan nasi kandar je,” katanya.



Source link