Malaysia Oversight

Bank Data Negara (NDR) Akan Beroperasi Menjelang 2026

By Amanz in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
Lebih Dua Pertiga Kapasiti Pusat Data Asia Tenggara Akan Dibina Di Malaysia


Bank Data Negara (NDR) Akan Beroperasi Menjelang 2026

November 12, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

sedang merancang untuk melaksanakan Bank Data Negara (National Data Repository, NDR) menjelang 2026. Ini adalah untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam menerusi integrasi data yang lebih baik menurut Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong di Parlimen hari ini.

Pusat Data Center

Beberapa langkah telahpun dimulakan seperti menjalankan kajian komprehensif untuk menilai keperluan ekosistem semasa, mewujudkan dasar pengurusan data peringkat nasional, menyeragamkan format penyimpanan data di semua agensi serta mengenal pasti keperluan infrastruktur dan tenaga kerja.

Integrasi data menerusi NDR akan membolehkan maklumat daripada pelbagai agensi dipaparkan sekaligus membolehkan permohonan bantuan dilakukan dengan lebih cepat dan mudah serta pengagihan bantuan kepada rakyat yang lebih bersasar. NDR turut akan menyatukan data daripada pelbagai kementerian dan agensi di bawah satu platform tunggal untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pertindihan.

Bernama

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link