Malaysia Oversight

Babi tak busuk tapi kandang busuk

By MkiniBM in January 27, 2026 – Reading time 2 minute
Babi tak busuk tapi kandang busuk


PARLIMEN | Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan mencadangkan agar mempertimbangkan pilihan alternatif dalam isu penternakan tempatan, termasuk mengimport daging dari luar negara.

“Tak payah bela, kita import saja. Import golek atau babi potong seperti ayam.

“Di Singapura, orang lebih ramai makan babi tetapi mereka tidak menternaknya dan keadaan itu lebih selamat,” kata wakil rakyat Bersatu itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Kalam, kontroversi berkaitan penternakan babi di negara ini tidak pernah menemui titik penyelesaian kerana setiap cadangan lokasi sentiasa berdepan bantahan penduduk setempat.

53ae829de4d4b4455349d7ba25860291

Dia berkata situasi itu dapat dilihat dalam beberapa kes sebelum ini, termasuk di Kuala Langat di , Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan, Benut di Johor serta Kampung Baru Cina, yang semuanya menunjukkan isu penerimaan masyarakat terhadap penternakan babi masih berlarutan.

Katanya, keadaan tersebut menggambarkan cabaran berterusan dalam mengurus industri penternakan babi di Malaysia, sekali gus menuntut pendekatan baru yang lebih pragmatik.

Dalam pada itu, Kalam berkata masalah bau sebenar bukan berpunca daripada haiwan itu sendiri, sebaliknya pengurusan ladang dan kandang yang didakwa tidak teratur.

“Saya ada kebun dan di kebun saya memang banyak babi hutan, 15 hingga 20 ekor sekali masuk.

‘Teringin’ makan tapi agama larang

“Babi itu sendiri tak busuk, memang tak busuk. Yang busuk ialah kandang dan cara penyelenggaraannya,” katanya.

Pada masa sama, Kalam menegaskan larangan terhadap pengambilan daging babi tidak seharusnya diterjemahkan kepada sikap menghina pilihan makanan penganut agama lain.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya pun teringin nak makan babi dan binatang lain. Kita hidup cuma sekali. Tapi agama saya melarang, sebab itu saya tak makan.

3449ad486f8afa1aca87fb7c2884de3d

“Sama seperti biawak dan ular, saya teringin tetapi saya tak makan kerana larangan agama,” katanya.

Tambahnya, perbezaan budaya dan selera makanan perlu ditangani dengan sikap saling menghormati, memandangkan banyak makanan lain juga mempunyai bau yang dianggap kuat namun tetap digemari.

“Budu walaupun (didakwa) ‘busuk’, dia sedap sebab itu kita makan. Banyak lagi yang ‘busuk-busuk’ tapi sedap,” katanya.

Untuk rekod, pada 10 Januari lalu, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan perancangan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

e5c86a6524a37677d4d95bbedd5582ca

Sementara itu, Jumaat lalu, Perdana Menteri Ibrahim turut dilaporkan mengesyorkan supaya projek penternakan babi berpusat di Bukit Tagar yang mencetuskan kebimbangan penduduk setempat dibatalkan sementara atau dipindahkan ke kawasan lain yang lebih sesuai.

Susulan perkembangan itu, Kerajaan Negeri memutuskan untuk menggantung sementara projek berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat sementara kerajaan negeri mencari lokasi baru yang lebih sesuai.

Selain itu, kerajaan negeri juga kata Amirudin akan mengadakan perbincangan dengan pengusaha ternakan serta memberikan penjelasan kepada semua pihak berhubung salah faham yang timbul.



Source link