Malaysia Oversight

Azam arah selesaikan siasatan kes Shamsul, Tei dalam 7 hari

By MkiniBM in November 29, 2025 – Reading time 2 minute
Azam arah selesaikan siasatan kes Shamsul, Tei dalam 7 hari


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengarahkan pasukannya memberi tumpuan dan melengkapkan siasatan melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing dalam tempoh tujuh hari.

Azam yang mengesahkan penahanan reman kedua-dua individu itu berkata SPRM akan menjalankan siasatan secara profesional dan adil berlandaskan undang-undang.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.

dae3c9c6648362e6fde83782b923aa91
Azam Baki

Terdahulu, Shamsul Iskandar dan Tei direman selama enam hari sehingga 4 Dis selepas Mahkamah Majistret membenarkan permohonan SPRM.

Sementara itu, sumber memaklumkan kes terbabit melibatkan dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan telah memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri () di Sabah.

“Dalam permohonan reman yang dikemukakan di Mahkamah Majistret pagi tadi, SPRM berhujah bahawa kes ini melibatkan kepentingan awam dan siasatan perlu dijalankan dalam tempoh sewajarnya.

“Walaupun mendapat bantahan daripada peguam kedua-dua suspek, Majistret Fatin Muneerah Sofian membenarkan permohonan reman selama enam hari sehingga 4 Dis 2025, dan tempoh ini dianggap perlu bagi melengkapkan siasatan secara menyeluruh,” menurut sumber itu.

5549b0b0a7cfc432737d9ae44a81e326
Albert dan Tei ketika dibawa ke hadapan majistret pagi tadi

Menurut sumber sama, siasatan akan dijalankan dengan kadar segera sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan lanjut dan pertuduhan dijangka dikenakan sekiranya keterangan serta bukti yang diperoleh dipersetujui pihak pendakwaan.

Semalam, Shamsul Iskandar, Tei dan Sofia Rini Buyong ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri () di Sabah.

Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberi keterangan, manakala Tei ditahan di rumahnya di Puchong.

– Bernama



Source link